Monday 29 August 2011

Quran buruk saya...

senaskah Quran berwarna biru itu sebenarnya sudah terlalu lusuh, sudah boleh dipanggil Quran buruk. tp saya tidak sampai hati utk berpisah dengannya. ia banyak berjasa kpd saya. bayangkan selama 4 tahun saya mentelaah Quran tersebut sehingga lunyai...terima kasih kpd ustaz tajwid saya, Haji Ahmad Kassim yg sgt sabar mendidikku. umpama mendidik seorang bayi..dari merangkak, bertatih, berdiri jatuh, berjalan sehingga la boleh berlari....

dgn rendah hati tidak malu saya katakan, buat pertama kalinya saya khatam Quran dgn ustaz pada 18 jun 1993 setelah berusia lbh 30 tahun. better late than never kata pepatah org putih. sebelum itu saya merangkak2 bila baca Quran, rasa bersalah dan malu kpd diri sendiri menebal sehinggalah Allah mempertemukan saya dgn Ustaz Ahmad yg mempunyai kesabaran luar biasa dlm mendidik anak2 muridnya...

dengan Quran yg sama, 14 tahun kemudian saya kembali berguru dgn ustaz yg sama...mengulang kembali utk memantapkan kefahaman dlm ilmu tajwid. alhamdulillah, pembelajaran kali kedua ini tidak begitu sulit. ia mengambil masa 30 bulan namun bagi saya ia tempoh singkat kerana jika diberikan lagi waktu, mau saja saya terus belajar sehingga ke akhir usia...

sejak kecil beberapa kali saya berguru tetapi tidak pernah khatam. peristiwa dicabul guru mengaji juga antara sebab saya jadi fobia untuk belajar...dan alhamdulillah akhirnya saya jd celik Quran walaupun ketika usia sudah semakin senja...

ada beberapa peristiwa yg saya alami yg mengaitkan dgn hebatnya kuasa sebuah Quran tetapi di sini biarlah saya menceritakan salah satu drpnya. satu mlm saya memegang Quran, dlm hati terdetik.."ya Allah, rindunya aku nak baca surah Yasin.." setelah beberapa lama asyik membaca surah2 lain shj. selalunya terkial2 saya mencari surah Yasin tp mlm itu bila saya buka saja Quran, betul2 pd surah Yasin...masyaAllah, airmata saya bergenang. saya rindu nak baca Yasin, dan Allah memberikan saya surah Yasin itu utk dibaca...

walaupun sudah boleh membaca dgn mengetahui hukum2 tajwid, saya tetap menyesal kerana lewat pandai mengaji. saya bersyukur kpd Allah kerana mempertemukan dgn seorg ustaz yg sabar kerana saya adalah pelajar yg lembab, namun dia tetap sabar mendidik dgn senyuman :) semoga Allah memberikan ganjaran kpdnya. dan saya berjanji pada diri, akan saya baca Quran setiap hari walaupun cuma sebaris ayat...

Thursday 25 August 2011

Memori MERDEKA saya...

pengertian Merdeka bagi setiap orang adalah berbeza. tapi yang diketahui umum, 31 ogos adalah hari cuti umum. bagi saya yg lahir selepas negara meraih kemerdekaan, tarikh kemerdekaan memang harus diingati oleh setiap rakyat negara ini tanpa mengira perbezaan kaum, keturunan dan agama...

walaupun sudah berkali-kali saya melihat perarakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, hati saya tetap berbunga-bunga. teruja melihat kontinjen berbaris dengan pelbagai warna pakaian...pertunjukan padang, lintas hormat jet-jet pejuang, semuanya seronok untuk ditonton.

kali pertama saya hadir pada sambutan Hari Kebangsaan setelah saya bekerja ialah pada tahun 1985. Ini la kali pertama sambutan diadakan di luar Kuala Lumpur. masih ingat kah di mana? di Melaka....negeri bersejarah. waktu itu bandar kecil itu penuh sesak dengan orang ramai. ketika itu saya bertugas sebagai pemberita di jabatan perdana menteri, konon2 membuat liputan la. oleh kerana semua hotel abis ditempah, saya bersama jurufoto dan pemandu kereta jabatan telah bermalam di bilik mesyuarat pejabat kami di Melaka. berbantalkan buku panduan telefon, kami bertiga lena berlantaikan simen yang sejuk..setiap daripada kami mengambil penjuru bilik mesyuarat yang luas itu.

kenangan itu tetap segar di ingatan walaupun telah berlalu lebih suku abad...dan pada tahun itu juga, buat pertama kali rakyat Malaysia dapat melihat kereta nasional Proton Saga turut berarak di Padang Pahlawan. Semua teruja termasuk saya. Dalam hati saya terfikir, mampukan saya memiliki Proton Saga satu hari nanti? dan alhamdulillah, 23 tahun kemudian saya membeli sebuah Proton Saga untuk saya....

dan tahun ini insyaAllah, negara kita meraikan kemerdekaan kali ke 54. Terima kasih Allah kerana menjadikan Malaysia sebuah negara yang selesa untuk didiami...tidak kira la perbezaan fahaman politik atau agama, namun kita masih selamat di sini...dan tahun ini buat julung-julung kalinya sambutan tersebut ditunda ke tarikh 16 September oleh kerana 31 Ogos jatuh pada hari raya kedua. tidak mengapa la, asalkan kita sedar bahawa Malaysia sudah merdeka...dan sebagai warganya, kita harus memerdekakan hati dan fikiran daripada dibelenggu dakyah-dakyah yang boleh merosakkan minda...

selamat hari kebangsaan kawan-kawan semua, raikan dengan penuh bangga...dan di sini potret saya bersama mantan ketua pengarah penerangan malaysia, dato' abdullah morad sewaktu sambutan 31 ogos pada 2009...


Wednesday 24 August 2011

Duit raya saya...

sejak mak saya meninggal dunia 10 tahun lalu, saya tak pernah lagi dapat duit raya. kalau tidak, mak la orang yang sering bagi duit raya kat saya. kadang2 banyak, kadang2 sikit. tenguk ekonomi mak masa tu la. walau pun saya dah berkerja, dah kahwin, dah anak...mak tetap bagi duit raya. selalunya bila nak balik ke KL selepas bercuti di kampung, mak pelan2 bagi duit raya...sorok2 dari pandangan orang lain. mak memang suka simpan duit dalam baju dalamnya...hehehe

tapi tahun lepas, tiba2 saya dapat duit raya. satu petang, puteri bungsu saya Aina Arissa yg berumur 8 tahun telah menghulurkan sampul duit raya pada saya.

"apa ni dik?" tanya saya

"duit raya untuk ibu," jawabnya

"saper bagi?" saya keliru

"aina la bagi kat ibu..." jawabnya selamba

saya membuka sampul surat tersebut, ada RM14 di dalamnya. ya Allah...saya rasa hiba, baiknya hati si kecil ni. saya tak tahu drp mana dia mendapat idea untuk bagi duit raya kat saya. duit yang diberikan itu merupakan duit belanja harian sekolahnya yang dikumpul setiap hari.

aina memang anak yang pandai mengambil hati. saya selalu menangis kerananya. bukan disebabkan perangainya yang menyinggung rasa tapi kerana kata-kata atau perbuatannya yang membuat saya terharu. dan duit raya yang diberikan kepada saya tahun lepas, masih ada dalam simpanan...


( duit raya 2010 )
aina arissa ~ moga jadi anak yg dirahmati Allah sentiasa :)


( aina yg sangat pandai mengambil hati ~ anugerah Allah buat saya )

dan alhamdulillah, syawal 2011 ni saya sekali lagi dapat duit raya drp aina. setelah dihitung, tahun ni aina dpt duit raya sebanyak rm233.00. dia bagi saya rm16.00.

"ibu, tahun ni kita sedekah kat ibu 16 ringgit..."

" 16 ringgit jer?" usik saya.

"ye la, kita dah up sikit dr tahun lepas...ibu redha tak?" soalnya, wahhh...mcm org tua pulak lagaknya.

"ibu redha jer, alhamdulillah..."

sebenarnya, duit2 raya yg dia bagi mmg saya simpan. tp duit2 tu saya dah ganti dengan duit sendiri, dah pun saya masukkan ke akaun tabung hajinya. selalunya saya akan tambah, menggenapkan bilangan yg sediada. syukur kpd Allah, kerana mengurniakan anak seperti aina arissa...

( duit raya 2011 )

KPI ramadhan saya...

setiap kali menjelangnya ramadhan, hati saya berbunga-bunga. mungkin masa remaja dulu, perasan tu tak pernah wujud. tapi lately ia berbeza. pelbagai rasa timbul tetapi yang pasti, saya sangat seronok utk menerima kunjungan ramadhan untuk yang sekian kalinya...

oh ya, lupa pulak nak bercerita...sebenarnya post ini ditulis buat pertama kali hari ini setelah belajar dengan Cikgu Adib. diharap selepas ini, saya akan rajin menulis. dan berkongsi cerita dalam blog saya ~ my little secrets.

berbalik kepada tajuk post saya untuk pertama kali ni, disebabkan bulan ramadhan maka ia tidak dapat lari drp bercerita mengenai ramadhan.

kebelakangan ni bila masuk je bulan ramadhan, saya akan membuat KPI (key performance index) untuk diri sendiri. saya akan membuat jadual harian sepanjang ramadhan aktiviti-aktiviti sebagai contoh apakah hari ini saya bersahur, berpuasa, solat dhuha, terawih, bersedekah, mendengar tazkirah dan lain-lain aktiviti yg berkaitan...

sebenarnya bukan penting sangat nak buat jadual ni tapi secara peribadi ia mendorong saya untuk meningkatkan amalan sepanjang ramadhan...tujuannya cuma satu iaitu agar ramadhan kali ini lebih baik drp ramadhan tahun sebelumnya...

ramadhan hampir melabuhkan tirainya, semoga KPI saya tahun ini akan tercapai...insyaAllah moga Allah perkenankan hasrat saya :)