Monday 17 October 2011

288 bulan dan perjalanan haji saya

lama sungguh tak buat entry baru, dah sebulan lebih. hampir2 lupa dah ada blog sendiri. janji pada diri nak mencantikkan lg blog ini pun masih tak tercapai...tak mengapalah, asalkan ada tempat untuk saya menulis tak kisahlah walaupun blog ini sempoi jer...

memang saya nak menulis mengenai jemputan Allah ke tanah suci, tp tertangguh dek kesuntukkan waktu kerana beberapa tugas pejabat yg harus diselesaikan. alhamdulillah, dua program di Sarawak (di Kuching dan UNIMAS) telah berjaya dilaksanakan pada 11-13 oktober lalu, maka boleh la berkongsi sedikit cerita mengenai jemputan tersebut. niat saya tidak sama sekali utk bangga diri (menceritakan hal amal ibadat kpd org lain), melainkan mahu berkongsi rasa teruja, gembira, takut, resah, sedih, sayu dan pelbagai lagi perasaan yg ada dlm diri ketika ini....


3 helai telekung (sehelai hadiah drp TH Travel) rasanya memadai buat saya...

saya tau sudah ramai kenalan saya yg selamat berkunjung ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan haji maupun umrah. saya sangat cemburu, kerana bagi saya tidak semua orang bernasib baik seperti itu. dalam hati sering bertanya, bila la giliran saya agaknya. setiap kali mendapat tahu ada kenalan yg hendak ke Tanah Suci, saya sering berpesan kepada mereka, tolong la doakan  agar saya dijemput Allah ke sana...entah berapa ramai yang telah saya pesan...


saya suka warna beg pemberian Tabung Haji Travel ni....anak kecil saya aina arissa nak jadikan beg ni sebagai beg sekolahnya tahun depan

memang saya kena akui kesilapan dan sedikit kebodohan yg ada dalam diri. saya tidak pernah terfikir untuk mendaftar haji sehinggalah pada hujung tahun 2008 lalu, tergerak saya dan sahabat baik, arenawati hamzah ke Tabung Haji di TH Perdana, maju juntion bagi mendaftarkan haji. masyaAllah....giliran untuk saya menunaikan haji ialah pada tahun 2023. dicongak di campur, umur saya sudah melebihi 60 tahun ketika itu...biar betul?

memang saya tidak cerdik. saya telah membuka akaun Tabung Haji pada tahun 1987, waktu itu ofis saya terletak di tingkat 23, Bangunan Tabung Haji di jalan tun razak. simpanan permulaan cuma 50 ringgit sebulan. tapi saya tidak terfikir mahu mendaftar haji ketika itu, saya fikir bila kita ada akaun di tabung Haji, automatik seolah-olah kita mendaftar untuk mengerjakan haji....dangkal sekali pemikiran saya..


antara keperluan peribadi yg akan saya bawa ke sana...

oleh kerana rasa kecewa dek kesilapan diri, saya mula berasa risau...adakah sempat untuk saya menunaikan haji? saya pernah berhasrat menunaikan haji sebelum berumur 50 tahun. jika benar la giliran saya pada tahun 2023, masih sempat kah saya? ya Allah, panjangkan umur saya agar dapat saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci. ada kenalan mengajak saya untuk menunaikan umrah tetapi hasrat saya tetap tidak berubah dari dahulu. jika saya ke Mekah, saya mahu membuat yang wajib dahulu...kerana pendapatan saya tidak seberapa, maka simpanan saya di Tabung Haji adalah untuk menunaikan haji (tetapi banyak kali juga simpanan itu digunakan untuk hal2 lain...walaupun itu kesilapan diri tapi moga2 Allah ampunkan saya)

saya mmg tak pernah ambil vitamin atau ubat2 lain selain ubat untuk tekanan darah tinggi/kolestrol je..tp kawan2 nasihatkan saya mengambilnya, terpaksa akur demi kesihatan diri

 
oleh kerana keinginan untuk mengerjakan haji begitu menebal, maka pada tahun 2010 saya telah pergi berkursus haji selama 17 minggu (setiap hari sabtu sahaja) di sebuah masjid di Parlimen Setiawangsa. banyak sekali ilmu yang saya perolehi, baru saya faham serba sedikit berkaitan ibadah haji...jenis-jenis haji, apa itu dam, apa itu ihram...rukun haji, wajib haji, sunat haji, tahalul...dan mcm2 lagi la...

saya mencuba untuk pergi tahun lalu  melalui pakej swasta Rayhar Travel yang beribupejabat di Terengganu.  beberapa kelengkapan sudah dibeli sedikit demi sedikit. akhirnya barang2 tersebut disimpan kerana pihak Rayhar Travel memaklumkan di saat akhir tiada tempat untuk saya kerana lewat mendaftar. memang kecewa pada mulanya tetapi sebagai manusia, saya akur...apa jua ketentuan adalah daripadaNya.


inilah satu2nya beg pakaian yg saya bawa bersama. beg besar beroda 4 saya beli kat Mydin jer, diselimutkan elok2 atas nasihat kenalan. kalau beg pecah, insyaAllah barang2 kat dalam masih terselamat....

sejak awal tahun ini saya telah membuat surat rayuan ke Tabung Haji. jawapan rasmi seperti biasa, permohonan akan disemak. sudah dua kali saya menulis surat seumpama itu. tapi jauh di sudut hati saya mmg akur dan redha sbb kesilapan saya mendaftar lewat. jadi tidak adil kalau saya dapat pergi awal sedangkan senarai menunggu terlalu panjang. Tabung Haji memaklumkan seramai 45 ribu orang membuat rayuan pada tahun ini...


satu2nya bekal makanan yg saya bawa, serunding daging. ini pun atas saranan kenalan yg dah pernah ke Mekah, kata mereka boleh dijadikan lauk sewaktu di Arafah/Mina



akhirnya saya mendaftar dengan Tabung Haji Travel. beberapa kenalan termasuk ustaz mengaji saya yg pergi melalui pakej TH Travel sangat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. harapan untuk pergi haji jika dengan TH Travel kata kenalan saya amat cerah. dan seperti yg saya harapkan, saya mendapat khabar gembira pada September lalu mengatakan permohonan saya diterima. Dalam permohonan saya memang mahu pergi dengan penerbangan akhir supaya dapat terus ke Mekah, mengerjakan umrah dan haji. setelah itu baru ke Madinah. dan permintaan itu ditunaikan...

mengikut jadual saya akan berangkat ke Mekah pada 28 oktober ini. jam 7.30 malam saya perlu melapur diri di kelana jaya. insyaAllah subuh 29 oktober, saya akan tiba di Mekah. kunjungan kali pertama ini pastinya sangat mengujakan saya....maklum la, bukan mudah untuk ke sana.

pasport sudah pun diserahkan ke Tabung Haji. pemeriksaan kesihatan sudah selesai, barang2 keperluan sudah sedia. yg tinggal kini cuma menghitung hari utk tiba ke tanggal 28 oktober. banyak hal2 telah saya selesaikan. urusan membayar ansuran kereta, duit bulanan kepada bapa, ibu mertua, tambang bas sekolah, duit penyelenggaran kedua2 rumah, bayaran tuisyen anak telah saya jelaskan sehingga hujung tahun....


buku nota PARIS ini utk saya membuat catatan perjalanan nanti, manakala buku kecil POOH tu saya telah tuliskan catatan, titipan drp sahabat minta berdoa utk mereka ~ i'Allah akan saya usahakan. Allah jua yg mengabulkan segala hajat....



saya tak buat kenduri pun di rumah. cuma saya telah memohon kerjasama pengerusi surau dekat rumah saya untuk mengadakan bacaan yasin, tahlil doa selamat pada  hari khamis, 27 oktober (malam jumaat) kerana kebetulan saya akan berangkat pada 28 oktober...mudah2an perjalanan saya dirahmati Allah...

cuma satu yg berlegar2 di fikiran, tidak mudah untuk pergi mengerjakan haji seorang diri. meninggalkan suami dan ketiga2 anak gadis saya di sini. anak pertama saya, anis adrina akan menghadapi SPM ketika ketiadaan saya nanti, cuma saya lega kerana suami mmg telah biasa menjaga anak2 semasa ketiadaan saya cuma kali ini tempohnya agak lama. anak kedua, alia amanda pula baru sahaja abis peperiksaan PMRnya. Namun yg  pasti saya akan diruntun kesedihan terpaksa berpisah dengan sibungsu yg amat rapat dengan saya, aina arissa. mengingatkan detik perpisahan ini pun saya sudah bergenang airmata, apalagi memikirkan akan memeluknya sebelum berpisah nanti...

begitu la kisah permulaan perjalanan haji saya yang saya sendiri belum dapat meramalkan bagaimana. doa saya setiap abis solat agar ditemukan dengan insan2 yg berhati mulia yg sudi membantu saya ketika saya dalam kesusahan. dan moga jua Allah memberikan saya kesihatan yg baik agar dpt saya menghulurkan bantuan kpd yg memerlukan...


3 pasang kasut Pasar Malam ni saya beli dgn harga 10 ringgit je sepasang, tp sgt selesa utk kaki saya. cukuplah utk saya berulang alik ke masjid....

inilah perjalanan pertama saya ke rumah Allah. selama 288 bulan saya menabung tanpa jemu di Tabung Haji (dgn potongan cuma RM120.00 sebulan) ~ akhirnya cita2 saya bakal dimakhbulkan Allah. saya redha dgn apa jua yg Allah tentukan utk saya di sana nanti. Penginapan saya di Mekah ialah di Hotel Royal Iman, kira2 80m dari Masjidil Haram...hasrat saya dapatlah setiap waktu saya solat di masjid kerana di sini hanya dpt berbuat demikian di bulan Ramadhan sahaja...

dan semoga Allah menunaikan impian saya sejak dulu iaitu ingin khatam Quran di Mekah. dan insyaAllah saya akan menyambut ulangtahun kelahiran saya yg ke setengah abad di Mekah pada 17 November ini...alhamdulillah, walaupun menyambut kelahiran tanpa suami dan anak2 tercinta namun rahmat Allah buat saya sangat banyak, sangat besar walaupun saya datang kepadaNYA membawa segunung dosa....