Thursday 12 January 2012

Pampers, Kain Kencing & Doa Saya

selepas mendapat pengesahan utk menunaikan haji, setiap kali selepas solat saya berdoa kpd Allah, minta 2 perkara. doa itu la yang saya ulang2 setiap hari...pertama: supaya Allah temukan saya dgn kawan2 yg baik (dalam hati saya fokuskan kpd kawan2 sebilik saya nanti). yg kedua: saya minta Allah berikan saya kesihatan yang baik supaya saya dapat beribadah dgn sempurna dan membantu sesiapa yg memerlukan.

( menunggu giliran tandas di Arafah...tak la ramai sangat, saya sempat mandi di Arafah walaupun duduk tak sampai 24 jam...hehe )

alhamdulillah, doa yg saya minta tanpa jemu selama 40 hari itu Allah makhbulkan. Allah temukan saya dengan 3 orang teman sebilik yg sangat baik. Dr. Widya, Azrin dan Shahinaz. walaupun usia mereka bertiga jauh lebih muda drp saya, namun mereka sangat baik terhadap saya. dan sehingga kini kami sering telefon, bersms, 'bertemu' di facebook.

doa kedua saya? alhamdulillah..walaupun demam, batuk dan selesema, ia sedikit pun tidak membataskan pergerakan saya utk ke masjid setiap waktu solat. yg selebihnya saya sihat, berupaya mengerjakan yg wajib dan sunat. alhamdulillah semua ibadah yg tercatat dlm 'wish list' saya dapat dilaksanakan.

( sepanjang di Arafah & Mina, banyak peti ais yg memuatkan minuman - air mineral/air kotak pelbagai perisa, disediakan untuk kami semua...alhamdullillah )

dan seperti yang saya minta, membantu orang yg memerlukan bantuan saya. pun Allah makhbulkan juga. sejak dari kelana jaya lagi, Allah telah mempertemukan saya dengan seorang jemaah wanita dari penempatan Felda di Pahang. dia duduk di sebelah saya dalam bas ke KLIA. dia seorang diri seperti saya. katanya "makcik nak minta tolong, kalau ada apa2 benda tolong bagitau makcik. makcik tak pandai baca rumi" - dan alhamdulillah, dapatlah saya mengotakan janji saya dgn Allah, membantu makcik ni hingga sampai di jeddah. saya menemankan dia ke tandas, membawa begnya, duduk di sebelahnya dlm penerbangan sehingga la di airport jeddah, menguruskan pasport dan bagasinya.

saya yg minta dgn Allah nak tolong orang, jd Allah kirimkan saya 'seseorang' untuk ditolong, bisik hati saya. peristiwa di airport jeddah sangat terkesan di hati saya, ketika orang lain beratur untuk dicop pasport, saya pun beratur. tapi semua org ada mahram. saya takde, saya dtg sorang. bila pegawai imigresen tanya siapa mahram saya, saya terus tunjuk pd makcik tadi. pegawai tersebut terus ambil pasport kami berdua, memberi isyarat yg saya tak perlu beratur, dia uruskan dan memulangkan pasport kami semula. alhamdulillah bisik hati saya, berkat saya bantu makcik ni...

tp saya terpaksa berpisah dgn makcik ni memandangkan beliau dtg dengan pakej lain, saya yg datang dengan pakej tabung haji travel harus menaiki bas lain. dia susah hati saya tak lagi boleh menemaninya, saya hantar dia berkumpul dengan jemaah yg sama pakej dengannya, baru dia senang hati dan beberapa kali mengucapkan terima kasih kpd saya....habis cerita makcik ni sbb selepas itu kami tidak lagi bertemu...

sebelum ke Mina, kawan sebilik saya Azrin telah membeli sebungkus besar pampers untuk orang dewasa. dia bagi kepada kami semua, saya, Dr. Widya dan Shahinaz. kami tergolek2 la gelak..nak buat apa pampers ni? kata Azrin, ni plan B. kalau di Mina susah nak pergi tandas sebab orang terlalu ramai, so jika kami terdesak..boleh la 'buang' dulu dalam pampers. hahaha....biar betullll..

( khemah saya di Arafah..comel jer kan?)

ketika di Mina, kami ditempat dlm khemah besar. lebih 300 orang satu khemah...tidak la selesa sangat tetapi alhamdulillah kami seronok. dalam khemah kami, ada seorang makcik dari Johor (datang seorang diri juga) tiba2 jatuh sakit, tidak boleh bangun...maka akhirnya pampers kami pemberian Azrin, semua disedekahkan kpd makcik tu untuk digunakan...

maka kami semua (dalam 10 orang kot..) bergilir2 atau bekerjasama membersihkan makcik Zaharah ni apabila tiba waktu solat. menukar pampersnya, pakaiannya yang selalu lencun terkena kencing, mengambil makanannya, mengambilkan wudhuk untuknya....kesian dia, terbaring dengan kaki yg semakin membengkak...jadi ibadah melontarnya dilakukan oleh rakan sebiliknya waktu di mekah...

di Mina, masalah utama ialah bilik air. contohnya kalau nak solat subuh jam 5.00 pagi, jam 2.00 pagi sudah harus ke tandas, gosok gigi, buang air dan ambil wudhuk..tapi tidak mandi yer...sbb ramai yang beratur dan kita harus meminimakan masa menggunakan tandas...

( suasana dlm khemah saya di Arafah, muat 14 orang...tenguk baby Aimar asyik bermain....)

oleh kerana saya mengerjakan Haji Ifrad, maka saya berihram sejak dalam penerbangan lagi. sejak tiba di mekah, arafah dan mina..saya cuma mandi tahap leher jer. tak berani nak basah rambut. bimbang saya menggugurkan rambut yg menyebabkan saya kena dam. jadi waktu di mina apabila saya sudah bertahalul awal, saya mmg teringin nak mandi sepuas2nya. jadi saya pasang strategi (sebab kalau nak mandi waktu orang ramai mesti kena marah punyer...). jadi pada malam semua orang pergi melontar jamrah, saya telah pergi dulu sebelum jemaah dibenarkan pergi dengan grup masing2. agenda saya satu jer, saya pergi awal seorang diri..melontar..balik jalan laju2 (jarak pergi dan balik untuk melontar sejauh 6 km, berjalan kaki)..dan bila tiba di khemah, jemaah lain masih belum balik...jadi boleh la saya mandi, bersabun, bersyampoo sepuas2nya...saya rasa dah bagus sangat la idea ni...hihi

( dalam khemah waktu di Mina, seronok dapat berkumpul beramai begini )

memang idea saya bagus, niat pun bagus sebab nak membersihkan diri. sampai di khemah, keadaan gelap sbb beberapa lampu je dibuka. dalam gelap2 tu, saya nampak makcik zaharah baring tapi gelisah...saya terus mendapatkan makcik zaharah, "kenapa makcik?" ..."makcik kencing banyak, habis basah baju dan seluar makcik"...alamak...saya sorang pulak masa tu, mau tak mau dengan tenaga yg ada, saya membersihkan makcik zaharah. menukarkan pampersnya, menukarkan pakaiannya yang sudah lencun terkena kencing...saya terpaksa memeluknya, mengiringkan badannya untuk menukar pampers dan pakaian. bukan mudah walaupun makcik zaharah bukan gemuk. tp sebab dia tak boleh bangun sendiri, semua kita kena buat...

alhamdulillah akhirnya selesai tetapi pakaian saya pula terkena kencing makcik zaharah. sebab niat saya nak mandi sepuas2nya, maka disebabkan pakaian dan badan saya turut terkena kencing, maka saya pun ke tandas...alhamdulillah semua tandas kosong, saya boleh pilih tandas yg airnya laju untuk mandi, bersyampoo....fuh, legaaaa...setelah 12 hari tak basuh rambut...rasanya berbaloi2....hehe


( suasana dlm khemah di Mina, serombong aircon tu betul2 atas kepala saya kalau tidur..adooiii, mcm tidur dlm freezer jer )

saya dan dr. widya turut mencuci pakaiannya yang terkena kencing, agak azab jugalah nak mencuci pakaian di mina. nak mandi pun susah, inikan pulak nak cuci pakaian. jadi waktu beratur menunggu giliran, saya telah memberitahu kepada jemaah di belakang saya yang saya nak cuci pakaian kencing, bukan kepunyaan saya tetapi kasihankan makcik zaharah, jika tidak dicuci...tiada pakaian bersih lagi untuk digunakan. alhamdulillah mereka faham tetapi biasalah, ada juga suara2 nyaring yang beratur panjang di belakang..."hai, sempat cuci baju ke?" saya hanya membalas dengan senyuman...huhu

(akhirnya makcik zaharah dimasukkan ke hospital mina kerana keuzurannya, dan pulang ke malaysia lebih awal tanpa sempat ke madinah  dan di akhir pertemuan kami, saya hadiahkan makcik zaharah dengan tasbih supaya apabila beliau berzikir, dia akan teringatkan saya...)

di mina juga, saya dan Dr. Widya suka 'berjalan-jalan' ke khemah2 muasasah. kami membawa buah2an, minuman, roti yang kami ada dan diberikan kepada makcik2 yang kebanyakannya sangat tua dan uzur. kami juga memberi tikar2 kami untuk digunakan sebagai lapik/alas dalam khemah mereka yg tidak sempurna ditutup. ada makcik2 tersebut tanya kami, "hajah ni pegawai tabung haji ke?"..hehehe....

di madinah, saya suka membantu makcik supinah. dia datang berdua dengan anak lelakinya. di mekah tak ada masalah sbb anak lelakinya boleh menolak kerusi rodanya ke mana sahaja tetapi  tidak di madinah kerana ruang solat lelaki dan perempuan berbeza. jadi anak lelakinya tidak boleh menemaninya hingga ke ruang solat. saya dan dr. widya membantu makcik supinah, membawanya ke raudhah, ziarah makan nabi, ke tandas dan sebagainya...makcik supinah yang ada kencing manis juga harus disuntik insulin 2 kali sehari...kawan2 saya (dr. nina, dr. widya dan dr. puteri) membantu menyuntiknya...mulanya kami panggil dia makcik insulin, sbb tak tau nama...

( suasana di luar khemah di Arafah ~ tetap seronok walaupun cuaca panas dan ruang terhad )

saya memang sering menemankan makcik supinah ke tandas. dalam perjalanan dari mekah ke madinah dan di airport madinah, saya sempat bergurau senda dengan makcik supinah sambil membantunya membuka pakaian..seronok sebenarnya melayan warga emas ni, mereka sendiri tidak minta utk menjadi tidak upaya...jadi tanggungjawab kita yang sihat untuk membantunya...

alhamdulillah, doa saya untuk membantu orang yang memerlukan turut dikabulkan Allah. saya seronok membantu...saya anggap semua makcik2 yang saya bantu itu seperti ibu dan ibu mertua saya. saya tak sempat membantu mencuci kencing aruah ibu, jadi saya bantu orang lain. dan makcik zaharah, usianya sebaya ibu mertua saya...76 tahun. saya berharap bila saya tua kelak, akan ada orang yang sudi membantu bila saya memerlukan...