Tuesday 27 August 2013

Kucing & Airmata Saya

Seperti Rasulullah SAW yang sukakan kucing, saya juga tidak terkecuali. Sejak dulu saya suka kucing cuma tidak mahu membelanya sahaja. Kucing kesayangan Rasulullah SAW bernama Mueza, tapi saya tiada kucing peliharaan. Sebab sewaktu baru berkahwin, saya dan suami membela 4 ekor kucing, sayangnya selepas seekor mati; kami memutuskan untuk tidak lagi memelihara kucing kerana rasa sedih yang amat sangat bila kehilangan kucing tersayang.

Hampir 29 tahun kami tak membela kucing sehinggalah pada 11 Jun 2013 yang lalu. Seekor kucing betina berwarna putih dan hitam tiba2 muncul di luar pintu rumah kami. Badannya kurus, kotor dan ada luka di punggungnya. Ya Allah kesiannya, detik hati saya. Maka, kucing itu saya bagi makan, saya rawat lukanya sehingga sembuh.

( luka di punggung Cheng )

(saya letak minyak gamat ketika Cheng lena tidur)
( Selepas diberi makan, Cheng tertidur kekenyangan...)

( hari pertama Cheng datang ke rumah, lapar dan luka di punggungnya. Tiada makanan kucing, saya goreng ayam untuknya...)

( Cheng manja dengan Alia, tidur pun nak bermanja...)


Semenjak itu dia tidak mahu pergi. Bila saya sekeluarga tiada di rumah, dia akan berada di luar rumah. Tapi bila dia nampak kami balik, maka mengiau-ngiaulah dia minta diajak masuk ke rumah. Saya tak sampai hati, maka saya memberinya makan. Saya membeli ikan kembung, merebus dan menggorengnya, lalu dicampur dengan nasi. Habis dimakannya.

Makin lama kami tenguk perutnya makin buncit. Rupanya dia mengandung. Nampaknya tak lama lagi, kami akan melayan anak2nya pula. Anak2 saya, Alia dan Aina yang paling suka melayan kucing ni yang kami tak tahu nak bagi nama apa. Akhirnya kami memanggilnya Cheng saja.

Cheng ni pandai memanjakan diri, suka tidur di sofa atau di atas karpet. Alia, anak kedua saya yang berumur 17 tahun pula, paling suka memandikan Cheng. Lepas mandi maka semerbaklah bau Cheng, bau syampoo Rejoice.

Oleh kerana Cheng bunting, maka bofren saya (suami) menyediakan kotak dan mengalasnya dengan tuala, sebagai persediaan Cheng untuk beranak. Dipendekkan cerita, pada pagi 24 Julai 2013 lalu...ketika kami bangun untuk bersahur, Cheng telah selamat melahirkan 4 ekor anak yang comel2 belaka. Dua ekor berwarna kelabu keorenan, manakala lagi berwarna hitam legam.

( 15 Ramadan 1434H, Cheng melahirkan 4 ekor anak yg comel)

( kesukaan Cheng, menjilat anak2nya satu persatu)

( Tenguk muka Cheng yang panik bila anak2nya di bawa keluar dari 'rumah' mereka...)

( Anak2 Cheng berumur 11 hari, belum boleh berjalan dengan betul )

Kebetulan pagi tu saya hendak outstation ke Alor Setar, maka tak sempat nak berlama2 melayan Cheng dan anak2nya. Dan kemudiannya bila kami semua pulang beraya ke kampung selama 6 hari 5 malam, maka susahlah hati kami nak meninggalkan Cheng dan anak2nya. Saya belikan sebungkus besar Whiskas, lalu meletakkannya bersama sebesen air...makanan untuk Cheng sepanjang kami tiada. Anak2nya tak bimbang sebab masih menyusu...

( Salah seekor anak Cheng yang sangat comel )

( Mokk, kesayangan sibungsu saya Aina Arissa )

( Mokk dah berusia 3 minggu waktu ni, gaya tidurnya sangat comel...)


Hari demi hari berlalu, kami seronok melihat anak2 Cheng membesar. Daripada tak boleh berjalan, sampailah boleh berlari dan bergurau-gurau sesama sendiri. Cheng ibu yang penyayang, dia sentiasa menjilat anak2nya, menyusukannya. Nampak jelas kasih sayang seorang ibu kepada anak2nya. Binatang pun tahu sayangkan anak.

( Sukar membezakan antara Tam dan Black, sebab sama jer...hitam legam )

( Mokk dan Mell ketika berumur 3 minggu ~ foto ini diambil oleh anak sulung, Anis Adrina untuk projek kolejnya  )

( Susah nak ambik gambar Tam, ambik dr dekat baru nampak mukanya...eh, ni Tam ke Black? )


Oleh kerana saya tinggal di apartment, sukar bagi saya untuk selamanya menyimpan kucing-kucing ini di rumah. Empat ekor anak kucing ini semuanya betina, satu hari mereka akan beranak dan keadaan akan menjadi tidak terkawal. Waktu kami tiada di rumah, kami lepaskan Cheng dan anak2nya di luar. Saya bimbang jika mereka ke rumah jiran tetangga dan mengotorkan rumah tetangga dengan najis mereka.

( Mokk memang kuat tidur, sebab tu dia gemuk...ketika berumur 24 hari )

( kali pertama Tam dan Black berforo berdua...pada mlm terakhir di rumah )

Kebetulan, kawan sekolah anak saya Alia mahukan kesemua kucing2 tersebut.  Tidak boleh memisahkan ibu dan anak2 kerana anak2 kucing masih menyusu. Maka dengan berat hati kami memberikan semua kucing2 tu kepada kawan anak saya.....

Pada hari terakhir kucing2 tu berada di rumah, saya mengambil banyak gambar2 mereka. Alia telah memandikan Cheng, supaya bersih dan wangi.  Saya ralit melihat mereka hinggalah kucing2 tu tertidur di ruang tamu.  Malam tu sukar untuk saya tidur, airmata bagaikan tak tertahan lagi. Mengenangkan esoknya kami akan berpisah. Tidur dengan airmata yg basah di pipi.

( Mokk, suka memanjakan diri...foto malam terakhir di rumah )

( Malam terakhir di rumah kami, saya ralit memerhatikan adik-beradik ni bergurau...huhu )

Maka bermulalah episod sedih. Ia berlaku pada tengahari 25 Ogos 2013. Kami nak menghantar kucing2 tu ke Taman Setapak Permai. Bofren saya menaiki kereta bersama anak sulung, Anis dan juga Alia. Semua kucing ada dalam kereta yg dinaiki mereka. Sebelum Cheng dimasukkan ke dalam kereta, dua kali dia meronta, lari menghala ke tangga rumah, macam tahu hendak di bawa pergi.

( Saat melihat mereka bergurau senda seperti ini menceriakan hari2 kami sekeluarga )

Saya dan sibungsu, Aina; menaiki kereta lain, mengikut dari belakang. Sepanjang perjalanan, saya dan Aina menangis. Basah saputangan dek airmata. Ya Allah, kenapa sedih sangat ni? baru 10 minggu menjaga Cheng dan 4 minggu menjaga anak2nya, kasih sayang kepada mereka begitu kuat.

( Comelnya muka Mokk, bergurau senda dengan Tam dan Black pd malam terakhir di rumah kami )

( Selepas penat bergurau, Mokk dan Tam tidur berhimpit2 )

Sampai di rumah keluarga angkat baru kucing2 tersebut, kami semua menghantarnya. Cheng dan anak2nya di masukkan ke sangkar yang disediakan. Sempat saya mengambil gambar terakhir mereka. Dan selepas itu, airmata saya sudah tak tertahan. Saya dan ketiga2 anak saya menangis kat situ, kecuali bofren yang kelihatan tabah menghadapi situasi tersebut.

( Yang lain bergurau senda, Mell bersembunyi di tepi dinding )

( Kemudian, Mell datang join adik beradiknya yang lain, tidur sama2...alahai sweetnya )

( Saat2 terakhir sebelum berpisah ~ Cheng tertidur ketika Mokk sedang menyusu...sweet moment ibu & anak )

( Mell dan Tam tidur berdekatan pada hari terakhir di rumah, selepas foto ni diambil...mereka dibawa ke rumah keluarga angkat di Taman Setapak Permai )

Maka berpisahlah kami. Tak sanggup saya menunggu lama di situ, melihat muka Cheng yang terpinga2 dikurung. Tapi saya bersyukur, Cheng dan anak2nya tidak berpisah. Anak2nya masih boleh menyusu. Alhamdulillah. Hanya Allah yang tahu sayu, sedih, hibanya hati saya meninggalkan mereka di rumah keluarga baru...pesan saya pada mereka (macamlah mereka faham); Cheng, Mokk, Mell, Tam, Black...duk baik-baik yer...

( Sebaik tiba di rumah keluarga angkat, Cheng dan kesemua anak2nya di letak di dalam sangkar ini. Tak sampai hati saya melihat muka Mokk tu...huhu )

Pulang ke rumah, satu lagi episod sedih berlaku. Aina cakap kat saya, "Ibu, sunyi rumah kan sebab dorang dah takde..." apalagi, saya menangis semula. Aina duduk di satu sudut di mana tempat yang sering anak-anak kucing tidur dan bermain2...kata Aina lagi, "Kat sinilah dorang suka main kan?" Subhanallah, kerongkong saya menjadi sempit...rasa tercekik. Dan saya terus menangis melihat Aina berbaring di karpet sambil menangis...Aina akhirnya tertidur.

( Di ruang inilah saya meletak Cheng & anak2nya bila kami tiada di rumah. Sekarang ia kosong tanpa mereka...airmata pun berlinang )

Alia Amanda sudah melayan diri di biliknya. Saya tahu dia yang paling sedih. Dia yang paling rapat dengan Cheng. Dia yang selalu manjakan kucing2 tersebut termasuk memandikan Cheng. 

( Makanan terakhir yang saya sediakan untuk Cheng, tapi dia tak mahu makan. Seperti merajuk. Ya Allah, maafkan saya Cheng.....selama 10 minggu, di sinilah Cheng makan )

Sementara Aina tertidur, saya melayan hati yang sedih. Mengadap komputer melihat gambar2 kucing2 tersebut...sehingga blog ini ditulis, airmata saya masih mengalir....Ya Allah, mohon beri kesihatan yang baik buat Cheng, Mokk, Mell, Tam dan Black. Peliharalah mereka dalam rahmatMU.  Kami sekeluarga sangat2 merindui mereka...

2 comments: