Thursday 15 September 2011

mesin kondom, Paris, London dan saya

selain London, Paris adalah destinasi yg saja nak pergi kalau diizinkan Allah. tempat2 lain bukan tak nak pergi tp ekonomi tak mengizinkan....sbb banyak perkara nak difikirkan termasuk mengutamakan yg wajib selain fikir nak jenjalan jer...

( Tower Bridge ~ tak sah kalau tak bergambar di sini kalau ke London )

satu hari kawan saya Roy (waktu tu dia sebagai Setiausaha Sulit kepada DSU Rais Yatim) melalui laman sosial FB bagitahu saya dia dan isteri nak ke London. beli tiket airasia, sangat murah ~ RM1,600 utk seorang, pergi dan balik. mcm ok jer...lg pun waktu tu airasia baru melancarkan perjalanan KL ~ London, tiket masih murah.

setelah mendapat izin suami, saya terus membuat booking tiket. alhamdulillah, saya dpt tiket lagi murah (flight sama dengan Roy) RM1,500 sahaja. kami mmg beli awal, 11 bulan sebelum tarikh pergi. sebenarnya teringin juga membawa famili tp ekonomi tak mengizinkan. bayangkan kalau saya pergi 5 beranak, mau 30 ribu melayang kot...


( Hyde Park ~ saya minta org ambilkan gambar ini sbb jalan sensorang waktu ni )


( masih di hyde park ~ saya sgt suka tgk pokok2 botak kat belakang ni...sukar diterjemahkan mengapa tp saya suka. gambar ni saya minta mat salleh hensem yg ambik kan. dia tgh jogging..saya pun, excuse me sir....dan tarrrraaaa....ini la hasilnya....hehe )


dipendekkan cerita, maka pada januari 2010 saya, Roy dan isterinya Mimie berangkat ke London. perjalanan 13 jam setengah tidaklah meletihkan tp menjemukan. tempat duduk saya di tengah2, sebelah kiri mat salleh lelaki kurus tinggi dan sebelah kanan saya, juga mat salleh lelaki...menawan jugak la rupa dia. hehehe

maka tersepit la saya di tengah2. asyik makan, tidur je kerja org sebelah saya. saya hanya sekali makan nasi lemak, takut makan banyak payah jugak nak ke toilet. tak selesa betul guna toilet dlm flight....

kami tiba di stansted airport dah malam..terus ke hotel (blakemore hotel, hyde park). bilik hotel yg kecik, comel tp bersih. kerana kecomelannya, payah betul saya nak bersolat. hanya ada ruang depan toilet saja utk diletakkan sejadah. saya mmg tak reti nak solat atas katil mcm org lain..rasa tak stabil dan mcm org mabuk jer..hahaha

keesokkan harinya dan hari2 seterusnya maka kami bertiga pun jenjalan sekitar London...aghhh....kenangan lalu mengimbau semula. kali pertama ke London pada mac 1985...waktu saya muda, tidak byk beza dengan sekarang. baru habis winter, cuaca masih sejuk...serendah 6 darjah celcius. 25 tahun lalu...London tak byk berubah, bangunan tetap sama. oxford street tetap sama, hyde park tetap mcm tu juga...

banyak kali kami ke oxford street, banyak juga yg dibeli. isteri Roy, mimie banyak membeli beg tangan...rasanya hampir rm10 ribu kot habis...saya biasalah, beli benda2 kenit utk anak2 dan suami. kasut, baju, cenderamata yg harganya murah2...maklum la, bajet pun ciput...


( atas menara tinjau Eiffel Tower ~ sangat sejuk + gayat...)


( bas merah 2 tingkat yg saya naik sepanjang hari di Paris )

kami juga sempat ke Paris, kota cinta yg diwar2kan sangat romantis...kami mulakan perjalanan seawal jam 6.30 pagi. menaiki tren dr London ke Paris (lbh kurang 2 jam lebih) dan pulang semula ke London pada hari yg sama...tiba di hotel sekitar 12 malam....penat tp seronok. di Paris, destinasi utama kami ialah Eiffel Tower. Pertama kali melihat menara popular itu dr dekat...hati saya terus berkata..."oooooo...ni la rupa sebenar Eiffel Tower yer? yg sgt mengujakan kalau tgk gambarnya...errmmm...rasa aku, KLCC lagi cantik...." hahaha...berlagak kan org malaysia ni?

( saya, Roy dan Mimie )


( inilah jejaka melayu yg kami temui di sini...)


( saya + mimie )

itu pandangan peribadi saya...pandangan org lain lantak la. bila naik ke puncak menara (tiketnya 8 uero masa tu), dapat la dilihat seluruh Paris dari aras yang tinggi. satu jer yg saya kagum, semua bangunan warnanya sama. kelabu kecoklatan. saya jumpa satu famili dari cheras, kuala lumpur. sepasang suami isteri dan 3 orang anak gadis mereka. tiba2 teringat 3 orang anak dara saya di rumah....

ketika bergambar di depan tower tu juga, tiba2 kami disapa oleh seorang jejaka melayu dr kuala lumpur. hai, keciknya dunia. jejaka tersebut sama2 naik tren ke London dgn kami. bila tiba di stesyen tren London, saya terdengar org menyapa..."bye bye kak.." bila menoleh, ooo...jejaka tadi rupanya. kami pun berbye-bye di situ...

ada hari saya terpaksa berjalan seorang diri di London. kawan saya Roy, demam.....isterinya Mimie pun tak berapa nak sihat. tak susah sbb hotel saya dkt jer, saya jalan kaki ke hyde park. dari hyde park saya jalan kaki lagi ke oxford street...tidak la terlalu dekat tp tidak terlalu jauh. dlm cuaca sejuk, tak terasa penat. bila tak tahan sejuk, saya masuk ke kedai, hangat sekejap. asyik mencari toilet...dan saya senyum2 sendiri bila di toilet ada mesin menjual kondom...hahaha

( pujaan saya, MJ. masa ni dia dah meninggal jd di madame tussauds dipamerkan patungnya..ini kali ke 2 saya ke madame tussauds selepas 25 tahun...tiketnya RM 140.00..huhu)

( burger saya berharga rm43.20 ~ makan sampai licin, baru berbaloi )


( jumpa watak kesukaan anak2 ~ jadi ibunya tolong pelukkan, SHREK di madame tussauds )


( nasi goreng pattaya saya ~ rm50.00, sedappp  ~ di restoren tuk din, dekat dgn hotel..berjalan kaki je ke sini  )


( saya & Roy menyoping di oxford st. saya sempat membeli sepasang kasut clarks utk suami ~ harganya sangat murah, berbaloi2...)


( antara destinasi wajib pergi kalau ke London, hampir sejam berbaris membeli tiket tp mmg berbaloi...walau tiketnya mahal, tak mengapa la..bukan selalu  pun nak datang ke London )

( pelajar2 dr malaysia ni saya jumpa waktu saya berseorangan di oxford street. comel2 semuanya dan kami masih berhubungan hingga kini melalui FB )

waktu mahu pulang ke kuala lumpur, di airport hujan turun dgn lebatnya. terkena juga la hujan waktu memunggah bagasi. jadi dlm flight saya asyik bersin, badan seram sejuk mcm nak demam...dua kali saya minta ubat drp pramugara. dia pun risau, bimbang saya demam sbb waktu itu tengah panas isu H1N1. kalau baru tiba dr luar negara dan didapati demam..akan dikuarantin. eeee...jangan la hendaknya. alhamdulillah, ketika tiba di LCCT jam 6.30 petang, saya sihat2 jer...apalagi bila sikecil saya aina arissa menyerbu ke dalam pelukan....

Wednesday 14 September 2011

katak dalam kasut & bos pertama saya

bos pertama saya namanya mues bin  jabal. rupanya nama mues jabal ni nama org hebat. patut la ada masjid di setiawangsa namanya masjid mues bin jabal....

bos saya ni orangnya besar, montok, garang. jarang moodnya baik tp kalau baik rajinlah dia nak menyembang dengan kami. jawatannya sebagai pengarang dan saya sebagai pemberita mmg la tidak dapat lari drp mengadapnya setiap hari. selalu juga saya kena marah, pernah sekali dia maki hamun saya dek bukan kesilapan saya. sebenarnya saya dah mohon cuti utk pergi memperbaharui ic. bila saya dtg keesokan harinya, dia marah2...dialognya begini :

" engkau ingat opis ni bapak engkau yg punya ke, suka hati nak cuti..." ala, saya tak ambik hati pun. kalau sentap pun kejap jer, maklumlah dia dah tua..lupa la tu...huhu

setiap hari dia dtg ofis naik motor jer. dan tiap hari isnin dia datang dengan membawa segendung bunga2 orkid dr kebunnya di kampung pandan. dlm masa 10 minit dia akan menyiapkan beberapa bouquet bunga untuk dihantar ke pejabat2 sekitar jabatan perdana menteri (waktu itu pejabat kami di jalan dato' onn).


dan saya  la orang yg sering diminta menghantar bunga2 tu ke pejabat timbalan perdana menteri (waktu tu datuk musa hitam) dan pejabat KSN. entah mcmana dia boleh kawtim hingga dapat bekalkan bunga ke pejabat TPM dan KSN. pandai ayat jugak la bos saya ni...tp bos dah suruh, saya ikut perintah jer la. dan setiap hari isnin juga, saya pasti mendapat bunga2 orkid free (lebihan yg digubah bos saya). berseri la meja makan di rumah dengan orkid free tu...

dia mmg baik dan banyak mengajar saya bagaimana mahu membuat artikel (rencana & berita) dengan sempurna. dia mmg berpengalaman, selalu membuat temubual dengan vvip. sebab tu dia selalu suruh saya buat benda yg sama...interbiu menteri, org kenamaan...mula2 gigil juga, tp bila dah biasa ok jer...

waktu saya mula bekerja (saya lapor diri pada 1.12.1981), saya tanya mengapa dia pilih saya berbanding 8 calon lain masa ditemuduga? dia salah seorang panel selain dua org lg, seorang timbalan ketua pengarah dan seorang lagi pegawai tadbir di pejabat saya. waktu tu ada 2 kekosongan jawatan pemberita tp hanya saya yg terpilih. org lain semuanya ada STP dan diploma...saya ada SPM. pelik juga kan...

" kenapa en. mues pilih saya, saya ok ker? " hehehe..aku perasan kejap.

" engkau jgn nak perasan, jawapan engkau semua tak betul.."

" habis kalau jawapan saya tak betul, kenapa saya dapat?"

" sebab engkau kuat bercakap, kuat temberang. semua soalan engkau jawab tp temberang jer...engkau ingat aku tak tau?" bahasa bos saya mmg begitu, engkau aku tu biasa jer. tak ambil hati pun.

ya Allah. begitu pulak ceritanya. mmg pun, saya waktu tu belum 20 tahun, jadi soalan2 nya ada yg saya tak begitu faham. tp saya berusaha menjawabnya sebaik mungkin. oooo..rupanya jawapan saya tak betul...baru saya tahu. salah satu soalan yg masih saya ingat : "boleh awak ceritakan pergolakan politik di negeri awak?". saya budak 19++ tahun, mana minat politik. jadi bukan salah saya kalau saya hentam jer...saya pun jawab..sultan saya dan menteri besar saya tak ngam...bla bla bla...itu pun saya dengar gosssip2 kedai kopi, maklum la bapa saya ada kedai kopi. saya selalu pasang telinga bila pakcik2 bersembang...

( antara artikel yg saya tulis...)

tp Allah telah tentukan rezeki saya di situ. tiada siapa boleh menidakkannya. termasuk la bos saya, encik mues bin jabal. saya temberang pun dia terima juga. tp sebelum temuduga, kami calon2 dikehendaki membuat artikel tentang tajuk berkaitan dengan perpaduan negara. mungkin artikel saya banyak membantu berbanding sesi temuduga yg byk temberangnya.

salah satu soalan lagi yg saya rasa tak kena mengenai dengan kerja saya ialah : "awak tau memandu?" tanya bakal bos saya, encik mues. saya angguk jer. "awak ada lesen?" soalnya lagi. jawab saya, "tak ada, tp saya bawak jer kereta bapa saya...". saya jawab jujur, mmg saya tau memandu sejak umur 18 tahun. cuma tak ambil lesen jer....

mungkin jawapan2 jujur ini juga lah yg memikat hati penemuduga. dan akhirnya saya bertugas sebagai pemberita/wartawan selama 15 tahun. bertemu ramai orang, berjalan ke serata ceruk di malaysia...dari utara hingga selatan, hingga ke sabah dan sarawak. naik kereta, bas, teksi, keretapi, kapalterbang, bot, sampan..beca..pelbagai cara utk ke suatu destinasi. saya pergi berdua dengan sahabat saya, jurufoto. kami sangat rapat, sangat akrab. alhamdulillah suami saya tidak pernah cemburu. dan sahabat saya itu, telah meninggal dunia baru2 ini...alfatihah buat mustafa kamal hashim. manusia paling baik pernah saya temui dlm hidup saya....

( lagi artikel saya sewaktu saya bertugas sebagai pemberita - 1981 hingga 1996 )

ada juga cerita lucu tentang bos saya ni. oleh kerana badan dia yg gempal itu, maka zip seluarnya selalu terbuka. saya la yg selalu perasan. bila saya bagitahu, dia akan ketawa berdekah2. ntah apa2 la bos saya ni. satu lg peristiwa yg tersangat la tak masuk akal....satu hari dia dtg kerja, jalan senget benget. kami tanya:

"apasal encik mues, sakit kaki ke?"

"tak la, kasut aku ni ketat sebelah..apasal ntah!" jawabnya...

sekejap lagi dia keluar dari biliknya dan dengan selamba berkata....

"patut la ketat, ada katak dalam kasut aku rupanya. dah mati pun aku pijak...."

boleh tak? kami semua menjerit. sangat la gelinya dgn cerita katak dalam kasut tu. adoiii....ntah apa2 la dia ni.
inilah secebis 'my little secrets' di awal perkhidmatan saya sebagai penjawat awam. buat encik mues bin jabal..di mana pun anda berada, budimu tetap saya kenang...


London & masin mulut saya

masa di kampung (kuantan, pahang), saya tak pernah terfikir dpt menjejakkan kaki di negara org. maklum sekolah pun tak pandai, duit pun tak ada. jd, dalam malaysia pun tak lepas ke mana. pertama kali dtg kuala lumpur pun waktu umur 14 tahun, itu pun sbb hantar sedara mara pergi mekah. hantar sampai ke port kelang (dulu pergi mekah dengan kapal laut).

waktu saya bekerja ketika berusia 20 tahun, ada seorang kawan seofis telah mengikut suaminya ke London. hari2 saya duk melangut dengar cerita kak mon, seronok benar kisah dia ke london. tak jemu2 saya dengar. jadi London adalah destinasi pertama yg saya teringin benar nak pergi kalau saya ada duit nanti...hahaha...berangan2 apa salahnya, bukan keluar modal pun.


sejak dulu saya ni antara yg rajin masuk peraduan. tak menang pun, kadang2 jer..yg selalu saya menang bila masuk pertandingan dlm bidang penulisan. itu mmg banyak kali menang. jadi, kali ni saya masuk peraduan meneka 'cover girl' majalah Jelita yg paling cantik. saya kena pilih, cover girl mana yg paling cantik antara 12 gambar yg ada ( cover girl majalah berkenaan utk setahun ). saya pilih ikut suka saya la, ikut mata saya...no. 1, 2 dan 3. itu jer...dan hantar.

ironinya, sewaktu nak hantar peraduan ni, yg mana hadiah pertamanya selain barangan dan langganan setahun percuma majalah Jelita, adalah tiket/penginapan selama 7 hari ke Los Angeles & Hawaii, jadi saya cakap pd kak mon dan kak siti (2 kakak yg jd kawan baik saya ketika itu) yg saya akan menang hadiah pertama. kata saya:

" nanti saya yg menang hadiah pertama ni,"

"berangan la kau, engkau ingat engkau je yg hantar peraduan tu?" kata kak siti.

"kak siti tenguk la nanti, saya yg menang..."

begitulah. saya berangan2 je sebenarnya. mmmg benar pun kata kak siti. ala..tak apalah, berangan kan seronok. bukan keluar modal pun. selepas itu saya lupa peristiwa tu. beberapa bulan kemudian...tarrrraaaaa...saya  betul2 menang peraduan tu. seperti yg saya angankan, saya dpt tempat pertama. kak mon dan kak siti tumpang gembira.

"masin mulut engkau kan?" kata kak siti dlm loghat jawanya yg pekat.


yer, memang masin...hahaha...saya  menang hadiah percutian ke LA & Hawaii, baucer pakaian jenama Fred Perry bernilai RM500, baucer make up maybeline berninai RM300 dan langganan percuma majalah Jelita utk setahun. hehehe...jangan jeles kak siti dan kak mon.

tapi LA? saya tak nak...tak minat nak pergi amerika. saya nak pergi London. abis, macamana? setelah mendapat surat drp penaja pakej percutian di jalan ampang, saya pun berbincang dgn mereka.

"saya tak nak pergi LA, saya nak pergi London. boleh tak?" tanyaku, selamba.

"boleh dengan syarat tidak melebihi harga pakej yg ditawarkan...."


diringkaskan cerita, saya akhirnya berjaya ke London selama 10 hari dgn harga pakej rm3,200. sedangkan kalau ke LA, harganya rm3,500 utk 7 hari. ok la, tak kisah rugi 3 ratus...bukan duit saya pun yg keluar. mmg tak mampu la saya nak adakan duit sebanyak rm3,200 tu yg bersamaan dengan 8 bulan gaji saya...huhu...maka pada mac 1985, saya pun berangkat ke London. oleh kerana saya seorang, maka penaja tlh memasukkan saya dlm pakej pelancongan reliance travel. jd grup saya 10 orang, hanya saya dan seorang lg remaja perempuan bernama nini (dia pun pergi seorang diri) dlm grup tersebut saja yg melayu, selebihnya cina.

ada jg kisah sedih sebelum berangkat. ketika mohon cuti drp pegawai tadbir di pejabat saya...dia tanya terus terang :

"ada ke duit awak nak pegi London ni? dpt tiket free pun tak kan tak payah duit belanja?" aduh, sangat sadis kan?

saya sengeh je la. mmg pun saya takde duit.

"tak apalah, awak sampai London, jejak kaki kat airport...awak balik la. kira dah sampai London juga la..."

saya sengeh lagi. biasa la, pegawai pangkat besar (PTD)...mmg la tenguk org gred mcm saya ni mcm semut jer. takpe, nanti saya jd semut api, sakit jg kalau menggigit...hehe

ditakdirkan juga waktu itu saya baru lepas bayar downpayment rumah kos rendah saya. bayar lawyer dan sebagainya. jd mmg takde duit langsung. jd mujurlah saya ada esa. esa (sekarang dah haji pun..) kawan baik saya. kami sama2 buat part time hujung minggu di RTM, jd pembantu penerbitan utk game show di RTM. jd, saya pinjam duit dia dulu. janji saya, dpt duit drp RTM, saya bayar dgn segera. esa pinjamkan saya seribu. ia bersamaan gaji saya 2 bulan setengah. seribu ditukar ke duit pound, dapat lah 4 ratus pound (waktu tu rm250 bersamaan 100 pound). alhamdulillah ada kawan seperti esa.

maka, jejak la kaki saya di London ketika berusia 23 tahun 4 bulan. kali pertama saya naik kapalterbang, kali pertama juga saya berjalan jauh. perjalanan dgn MAS mengambil masa 18 jam, waktu pergi transit di dubai dan paris, manakala balik transit di frankfurt dan dubai. cuma dpt jejak kaki di airport aje la...

byk tempat menarik saya pergi waktu di sana. saya hanya bersama nini, banyak acara diatur oleh reliance travel. ada free time, kami jalan sendiri. ada waktunya saya jalan seorang sbb nini bertemu kawan2nya di sana. tidak sukar bagi saya berjalan seorang di sana dlm usia 23 tahun dan dlm keterbatasan bercakap inggeris, saya bawa peta. dari hotel (holiday inn heathrow airport), saya naik bas ke stesyen tube berdekatan. beli tiket berharga 2 pound, dgn tiket tersebut saya boleh menggunakannya selama sehari. boleh naik semua tube dan bas merah 2 tingkat. kalau sesat pun tak kisah...try n error..hehe

dgn duit 4 ratus pound tu la saya menyoping. saya bawa serunding daging, jd masa sarapan saya cilok roti di coffe house (tempat sarapan), masuk dlm beg sandang. saya makan bila lapar. saya cilok juga buah2, buah apple, pear, pisang yg gemuk2 utk saya makan bila lapar...jd tak la kebuluran masa di sana. nak beli makanan, burger takut tak halal...tp ada sekali saya beli KFC...hahahaha.....ya Allah, ampunkan saya sbb ayam tu mungkin tak sembelih...

balik ke kuala lumpur, pengarang Jelita minta saya tulis artikel berkaitan lawatan tersebut dan membayar saya RM100. alhamdulillah...rezeki lagi. dan seperti yg saya paparkan di sini...tajuknya Cinta Bersemi di Kota London. bukan saya (sbb saya dah kawin) tp kawan saya nini. dia bertemu lelaki melayu (org kelantan) waktu di sana, jatuh cinta dan tak lama lepas tu berkahwin di malaysia. kemudian dia berpindah ke London...

begitulah cerita mulut saya yg masin dan keindahan kota London yg sangat mengujakan bg seorang budak kampung seperti saya...dapat juga jejak kaki ke sana walaupun cuma 10 hari. tak mengapalah walau dihina kerana ia lumrah dunia...yg penting saya dah sampai. istilah sekarang 'engkau ada?'...hahahaha



Tuesday 13 September 2011

setem 5 sen & memori menabung saya...

menabung...semua orang faham maksud menabung. ia drp perkataan tabung bermaksud tempat menyimpan duit, jd menabung ialah menyimpan duit ...saya tak rujuk kamus dewan pun, agak2nya la...hehe, kalau salah tolong maafkan la yer...

memori menabung saya harus saya berikan credit buat aruah mak saya. dia la orang pertama yg mengajar saya menabung. sebenarnya banyak perkara dalam hidup saya yg saya pelajari drp aruah mak, terutama tentang tendang terajang kehidupan. dan yg paling utama ialah menabung. seawal di usia sekolah rendah, aruah mak dah ajar saya menyimpan duit. walaupun aruah mak tak sekolah, tak pandai membaca tapi dia pandai mengira...kira duit nombor satu...hehe

saya harus berterima kasih pd aruah mak banyak2. bebelannya sering mengundang rasa jemu di hati saya. tp setelah dia tiada, setelah usia meningkat...baru saya sedari apa yg dia cakap semuanya betul belaka. pesan mak pada saya yg masih terpahat sehingga kini - "kalau kita ada seringgit, jangan la belanja semua sekali...belanja la 80 sen, 20 sen simpan utk masa2 kecemasan," saya waktu tu tak berapa nak endah kata2 aruah mak, sekarang baru saya faham maksud mak...

saya mula menabung waktu di sekolah rendah seperti yg saya cerita di awal tadi. mungkin sekarang kalau dicerita balik pada generasi muda, mereka akan gelak terguleng-guleng. eh betul ke, guleng ke goleng? takpe la..asal faham kannn...

menabung melalui pejabat pos bergerak yg datang ke sekolah (tak ingat berapa kali sebulan...). setiap kali van pejabat pos datang, saya akan beli setem 5 sen. kadang2 beli sekeping, kadang2 beli lebih. setem2 tu dilekatkan pd sekeping kad yg disediakan oleh pejabat pos. semuanya ada 20 petak yg boleh dilekatkan setem. jadi kalau semuanya setem 5 sen dikali dengan 20 petak...bila penuh dapatlah seringgit. bila semua petak telah penuh, maka saya akan bagi kad tersebut kpd kerani pos yg dtg dgn van bergerak tu, baru la dimasukkan jumlah seringgit tu ke dalam buku simpanan pejabat pos...begitu la cara saya dan kawan2 saya menabung duit belanja sekolah saya sewaktu di sekolah rendah pada tahun 70an...

( simpan la duit setiap bulan atau bila berkesempatan kerana walaupun cuma seringgit, ia sangat membantu di saat memerlukan ~ pesanan penaja..hihi )

bapa saya memberi wang saku sebanyak 30 sen sehari. 10 sen utk tambang bas pegi dan balik. 5 sen untuk membeli nasi lemak (dlm piring jer..tp punya la sedap...), 5 sen lagi utk aiskrim malaysia pelbagai rasa, ada sirap, jagung, milo dan ntah apa2 lagi la...jd saya ada lebihan 10 sen, duit itu la yg saya kumpul utk beli setem. tp kadang2 terbabas juga, disebabkan nasi lemak kakak kantin tu punya la sedap, saya beli 2 piring. jadi baki wang saku saya 5 sen saja...ok la, saya patuh pd pesan aruah mak yg jgn habiskan wang belanja...
( mcm bagus je saya ni...hahaha...tp kadang2 licin juga wang saku tu saya kerjakan )

begitu la memori bagaimana mula2 saya menyimpan duit. anak2 sekarang beruntung, sebaik lahir ibubapa mereka mula menabung utk mereka dlm pelbagai kaedah. ada yg simpan wang, ada yg beli insuran pendidikan. saya pula membuat potongan gaji dan terus disalurkan ke akaun tabung haji mereka. disebabkan pendapatan yg tak seberapa, maka hanya 50 ringgit je la yg mampu saya salurkan ke akaun mereka. sebenarnya kadang2 saya keluarkan simpanan mereka jika di awal tahun utk tujuan persekolahan....tak mengapalah, duit saya juga kan?

style saya menyimpan duit ialah melalui potongan gaji. dari tahun 80an, saya simpan di ASB sebanyak 30 ringgit sebulan...sampai sekarang tak bertambah. 30 ringgit tu la juga...tp alhamdulillah, boleh la guna waktu sesak. selain ASB, saya juga buat potongan terus ke tabung haji seperti anak2 saya. tujuan saya hanya satu, untuk menunaikan rukun islam ke 5 apabila cukup simpanan saya nanti. sebenarnya kalau diikutkan, simpanan tu dah lama cukup tp disebabkan banyak hal2 dunia yg mengganggu (ini kesilapan diri sendiri dan kelemahan iman yg melebihkan dunia drp akhirat) maka simpanan tu selalu saya keluarkan...waktu membeli rumah, ubah suai rumah, beli kereta, menjelaskan hutang kereta...termasuk juga berjalan2 yg bukan tidak mendatangkan faedah tp tidak begitu penting. tp seperti yg saya catatkan di atas, ia adalah kelemahan diri sendiri yg akur pada nafsu...moga Allah ampunkan saya..

( saya simpan 30 ringgit je sebulan sejak mula kerja tahun 80an hingga kini )

setiap kali saya naik gaji (contoh tahun 80an saya naik gaji 25 ringgit setahun), saya akan tambah potongan tabung haji saya. saya tambah 15 ringgit. 10 ringgit tu saya joli katak la...hahaha..begitu la style saya, naik gaji..simpanan saya tambah sedikit lagi. berpegang kata org tua, sedikit2 lama2 jd bukit...

setelah hampir 30 tahun bekerja, simpanan tidak la banyak. maklum gaji kakitangan sokongan bukan la tinggi tapi dengan usaha menabung, banyak juga la hajat2 di hati (keinginan saya yg macam2) dpt saya penuhi. impian nak ada rumah sendiri (walaupun rumah murah, bukan rumah teres)  adalah 2 buah..satu dah habis hutang, satu lg tengah terhegeh2 membayarnya sampai pencen...begitu juga kereta, alhamdulilah kereta proton saya dah habis hutang (berumur 40 bulan), dan sekarang baru nak mula membayar hutang kereta vios saya..ni pun terhegeh2 sampai pencen juga...harap2 bila pencen, semua hutang dapat dilangsaikan supaya duit gaji yg tinggal setengah itu dpt dibelanjakan utk kehidupan harian menjelang saat dijemput pulang...(sedihnya....bukan sedih nak meninggalkan harta seciput yg ada tp sedih mengenangkan apakah segala dosa diampunkan Allah)

( nampak banyak tp isinya tak banyak mana pun...kepunyaan saya dan 3 anak dara saya )

dan sehingga catatan ini ditulis, tiada lagi apa yg saya ingin melainkan menjejakkan kaki ke tanah suci utk menyempurnakan semua rukun islam yg ada. mengucap 2 kalimah syahadah, solat, puasa, berzakat (simpanan dan pendapat) telah dilaksanakan...tinggal yg terakhir iaitu mengerjakan haji. dan berbalik kpd isu menabung ini, insyaAllah wang tabungan saya khusus utk tujuan ini sudah mencukupi, harap2 ada rezeki utk saya ke sana...supaya apabila dijemput pulang, sebagai seorang yg beragama islam...saya telah menyempurnakan kesemua rukun islam...insyaAllah...

nasi hangit, periuk hangus & masakan saya...

memasak bukan la kepakaran saya...mmg tak minat sangat. sebab ada sejarahnya..saya dilahirkan sebagai anak ke 4. saya ada 3 orang kakak, jd mereka la yg lebih pandai memasak terutama kakak sulung saya. semua masakannya sedap bagi saya. tambahan pula waktu saya di tingkatan 1, bapa membuka kedai makan. jd yg tukang masak ialah 2 orang kakak saya dibantu ibu...jd saya bantu makan saja..haha

bila saya pindah ke KL ketika berumur 20 tahun, saya tinggal di rumah bujang di kampung baru. jd di situ la bermulanya aktiviti memasak yg mmg saya tak suka. pertama kali memasak nasi, bukan sahaja nasi yang hangit tetapi periuk pun hangus terbakar. mmg mcm agak lucu tp ini la yg benar2 terjadi...( maklum la saya mmg tak pernah masak nasi )

setelah berkahwin ketika berusia 21 thn 4 bulan, saya takde pilihan melainkan kena memasak juga walaupun tak berapa nak suka. tambahan bila dah ada anak2, memasak jadi agenda wajib...walaupun tidak sesedap mana, tp kadangkala layan la juga kehendak anak2...

masak lauk simple2 boleh la...saya mmg tak pandai masak yg susah2. masak kek, buat kueh mueh mmg tak pandai. kalau kek pun yg bodoh2 jer...yg cuma bubuh tepung, telur, gula, butter...boleh la. kalau kueh raya, lagi la tak pandai. memandangkan saya pun tak suka makan kueh raya maka tak kuasa nak belajar...
( mi goreng ala2 mamak...ntah la yer ke tidak )

( mihun goreng udang kering paling disukai anak2 )


( sambal sotong ~ fevret anis )


kadang2 saya masak mengikut selera anak2. anak nombor 2, alia yg selalu pandai memandai minta di masakkan apa2. anak no 1, anis tak berapa kisah...aina anak bungsu, kalau saya masak apa pun selalu kata sedap. dialog mengampunya berbunyi begini - "ibu kalau masak, apa pun sedap..." hehehe..aina arissa, sibungsu saya yg sangattttttt pandai mengambil hati.

antara yg selalu masak ialah nasi ayam, resepi nasi ayam ni saya reka sendiri ikut selera. selera saya la...haha...tp digemari anak2 juga. kadang2 masak juga nasi minyak sempoi2 (tak sesedap yg kakak saya masak). kalau nasi minyak, lauknya ayam masak merah. kadang2 kari ayam, utk menyedapkan tekak saya..buatlah acar mentah (jelatah).
( kari ayam fevret alia & aina )


( ikan bilis goreng kering + cili api ni fevret anis adrina )


( nasi goreng cina sesuai utk sarapan, tp kadang2 malam pun layan juga..hehe )


kesemua anak2 saya suka ikan talapia dan keli. selalunya saya goreng kering. utk aina dia makan begitu je, layan dengan kicap manis. anis dan alia suka ikan goreng bercili (cili api + bawang jer...) sebab saya tak makan ikan, maka alternatifnya..goreng telur je la utk saya.

kalau mi, anak2 suka mi hailam. kadang2 kalau rajin buat chicken chop untuk makan malam, hujung minggu la selalunya. kalau sarapan, buat nasi lemak. sambal ikan bilis atau sambal sotong. sebagai pelengkap, goreng telur dadar. nasi goreng cina dan nasi goreng ikan bilis turut disukai anak2. tetapi mihun goreng udang kering lebih disukai....jadi saya buat la pelan2...tak sedap sangat tp boleh la drp takde apa nak dimakan...

( chicken chop ~ fevret semua orang, )


( nasi ayam ~ menu pilihan bila tak tau nak masak apa..)


( nasi lemak ~ pevret semua orang, menu hujung minggu )

kdg2 teringin belajar masak tp entah bila la tu...sejak kebelakangan ni, aina dan alia suka makan spageti. buat la juga..seronok tenguk dorang makan. satu hari sampai tiga kali. sedaplah tu kot...

pelan2 saya nak tambah koleksi resepi2 yg saya nak masak utk anak2...dan utk diri sendiri juga. tak kisah la walau tak sesedap chef wan asalkan kenyang perut....




Monday 12 September 2011

xtvt weekend saya...

terus terang menjahit bukan la minat saya. mmg tak pandai langsung, jahit jelujur pun tak pandai. masa baru kawin, pernah sekali kaki seluar suami tertetas benangnya, disebabkan saya tak pandai menjahit, suami lekatkan guna stapler. mmg lawak, tp itu benar2 kejadian...hehe

tp saya sejak tahun 80an, suka jahit crosstich. sbb masa tu mmg tengah musim semua org jahit benda tu. cantik juga dijadikan frame dan kusyen. tp sejak 2002, saya suka jahit manik pd baju. drp mata terang benderang, kini terpaksa guna cermin mata disebabkan aktiviti menjahit manik ni...

dah lama saya berhenti menjahit manik sbb mata dah semakin kelabu. tp entah kenapa waktu jenjalan di GM plaza di jalan raja laut sebelum puasa lalu, gatal pulak membeli manik2 pelbagai warna. murah sangat harganya. ada diskaun lagi..sedar tak sedar, pilih punya pilih, terbeli la manik2 dgn harga RM55 setelah diberi diskaun...

sebelum puasa, baju2 kurung dah siap 8 lapan. baju basahan utk ke opis. baju raya beli yg dah siap bermanik2. kain2 tu semua dibeli masa lawatan kerja ke brunei, hadiah harijadi dan juga hadiah drp kawan2 di brunei. tu yg 8 pasang semuanya...

bulan puasa lepas, tak pula ada hati nak menyentuh baju2 tu utk dijahit manik. rugi pulak rasanya menjahit manik di bulan puasa, waktu senggang eloklah buat hal2 lain yg berfaedah...contohnya tidur. hehe

jd sabtu dan ahad lepas, dpt la saya menekun dgn aktiviti jahit menjahit manik di leher dan lengan baju. walaupun di leher tu bukannya nampak sbb dilindungi tudung, tp nak juga jahit utk syok sendiri. dan 4 helai baju telah siap 'dicantikkan'. sebenarnya sempoi jer, bukan buat yg rumit2 mana pun...ok la drp kelihatan kosong. nampak la berseri sikit sbb kain pun dah la murah....





oleh kerana nak fokus jahit manik, maka aktiviti memasak untuk anak2 diawalkan. buat nasi lemak, goreng telur dadar dan sambal sotong. menu kedua, buat spaghetti. jd sepanjang hari anak2 mengulang makan 2 menu ni, jd saya boleh fokus menjahir sambil melayan tv...nasib la dpt ibu yg tak berapa nak rajin. hihi

selain itu, saya suka gak cantikkan tudung2 murah yg dibeli secara borong di jln tuanku abd. rahman. tudung berbatu yg pernah saya beli sehingga rm40 - rm50 sehelai, beli secara borong baru rm15. beli batu2 di GM plaza, balik lekatkan pada awning tudung...ok la sikit drp boleng jer...

ok la...next time boleh citer pasal hobi2 lain pulak...

Friday 9 September 2011

memori indah sahabat saya....

( foto kenangan ketika majlis perkahwinan anak sulung kak timah, hani pada jun 2010 di dewan merak kayangan )

( hadiah ulangtahun saya pd 17 november 2010 drp kak timah yg dihantar ke ofis )


memang mudah mencari kawan tetapi seorang sahabat amatlah sukar. sahabat adalah seorang yg selalu bersama kita, si saat senang atau pun susah. tidak pernah mengambil kesempatan dan tidak lokek menghulur bantuan...

alhamdulillah, saya rasa bertuah kerana dikelilingi sahabat2 yg baik. sejak saya bekerja 30 tahun lalu, sahabat2 saya kebanyakkannya sepejabat. salah seorangnya yg saya panggil kak timah. kami sangat rapat, banyak perkara kami sependapat. minat yg tidak jauh bezanya. jarang saya rapat dengan seseorang seperti saya rapat dengannya. pernah bermalam di rumahnya di ampang jaya. pernah juga bermalam di rumah ibunya di muar, johor.

ada satu peristiwa yg sgt menyentuh perasaan yg akan saya kenang sampai akhir usia. sewaktu kak timah hamil anak bungsu (1993), saya sangat teruja. saya tahu dia sangat inginkan anak lelaki kerana 5 orang anaknya sebelum ini semua perempuan (seorang meninggal dunia). saya selalu yakinkan dia bahawa dia hamil anak lelaki (walaupun sebenarnya saya tidak pasti)...sebagai seorang sahabat saya ingin mengembirakan dia. kata saya kepadanya :

" i'Allah anak kak timah ni lelaki, nanti saya puasa sunat sehari bila kak timah selamat bersalin..."

dan saat yg ditunggu akhirnya tiba. dan alhamdulillah, kak timah melahirkan bayi lelaki yg sangat2 comel...saya melawatnya sewaktu di klinik bersalin (di medan tuanku) dan menghadiahkannya sejambak bunga kesukaannya. saya dapat rasakan kegembiraannya. dan esoknya saya berpuasa sunat sehari, mengotakan janji saya. saya ingat kak timah bagi saya 20 ringgit : " nah, ambik duit ni utk beli KFC buat buka puasa..." sebak saya teringat peristiwa itu.

ketika itu saya sendiri telah 10 tahun berkahwin tp masih belum dikurniakan anak. melihat sahabat baik mendapat anak, apalagi anak lelaki yg diidamkan...ia membuat saya teruja bercampur sedih. turut gembira di atas kegembiraan seorang sahabat tp berasa sedih kerana belum ditakdirkan mempunyai zuriat sendiri...

namun doa saya supaya Allah kurniakan seorang anak lelaki buat sahabat baik saya tidak berakhir di situ. sebulan kemudian saya disahkan hamil, selepas lebih 10 tahun menanti saat bahagia itu. sudah tentu la saya gembira dan kegembiraan ini saya kongsi bersama kak timah. satu hari kak timah yg masih dlm pantang menelefon saya memberitahu, kata suaminya (abang harun) barangkali kerana keikhlasan saya berpuasa sehari itu la yg menyebabkan Allah mengabulkan doa saya utk memiliki zuriat sendiri...

kata2 itu membuatkan saya menangis. dan ketika saya melahirkan anak pertama, kak timah dan suaminya datang ke rumah kecil saya, menjengah hingga ke bilik utk melihat bayi pertama saya. malu bukan kepalang, maklumlah suami kak timah pegawai tinggi di JPM, sudi pula bertandang ke rumah saya...rumah pangsa kos rendah di wangsa maju.

sehingga kini kami tetap bersahabat. walaupun jarang bertemu, tp ingatan dan kasih sayang saya terhadapnya tidak pernah hilang. saya pasti tidak lupa mengirimkan hadiah pada ulangtahunnya tanggal 20 mac. dan begitu juga dia, setiap tanggal 17 november saya pasti akan menerima hadiah dan sejambak bunga, di pejabat atau di rumah. walaupun ketika beliau di luar negara, sejambak bunga tetap saya terima. ada waktunya dihantar oleh anak2nya.

buat sahabat saya, Datin Fatimah Mohd. Shah ~ terimakasih atas memori persahabatan kita yg sentiasa indah dalam ingatan. doa saya supaya Allah sentiasa merahmati kita....

( kenangan saya, kak timah dan suaminya Datuk Harun Hashim sewktu majlis perkahwinan anak ke 3 nya pada 2010 lalu...)

cek 5 ringgit & cinta pertama saya...

sebelum cinta sesama manusia, cinta pertama saya adalah dalam bidang penulisan. saya tidak tahu dari mana ia bermula tetapi ia hadir dlm diri saya secara semulajadi. sejak di primary school, saya suka membuat karangan. ketika berumur 11  tahun, saya menulis sebuah karangan...tajuknya 'Bapa Saya'. oleh kerana waktu itu di rumah belum ada tv, maka radio buruk kakak saya menjadi penghibur hati. jd program kegemaran saya terbitan RTM kuala terengganu bertajuk 'Setahun Jagung'. program ini utk kanak2 terbitan Hajah Rokiah Haji Ramlan...

maka saya menghantar karangan saya itu kerana ada peraduan menulis karangan utk kanak2 primary school. semuanya dgn usaha sendiri, karangan tersebut saya poskan dan minggu2 berikutnya saya menunggu utk mengetahui keputusannya. agak mengejutkan kerana 'bapa Saya' telah memenangi hadiah tunggal dlm pertandingan tersebut. tiada penyertaan lain yg layak...wah, mcm hebat je karangan saya tu. entah la, yg saya ingat karangan tersebut sgt sempoi kerana semuanya saya yg reka sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa...

tidak lama selepas itu, saya menerima sekeping cek bernilai 5 ringgit. utk seorang kanak2 berumur 11 thn pd tahun 70an, mcm banyak je duit tu. bapa saya membawa saya dgn menaiki motorsikal ke bandar kuantan, 20km dari rumah utk menunaikan cek. setelah ditolak komisyen atau apa pun yg saya tak tau...maka saya dapat 4 ringgit 50 sen...semua duit tu saya gunakan membeli makanan utk keluarga, termasuk sebiji kek bulat di kedai cina yg di atasnya ada sebiji ceri merah. sgt glamer kek mcm tu di tahun 70an...

sejak itu saya suka menulis. cek 5 ringgit yg saya terima dan ditunaikan di bank itu sangat membuatkan saya teruja. di sekolah menengah, saya menulis puisi, cerpen dan coretan2 yg saya kira saya syok sendiri. banyak juga yang tersiar di majalah sekolah. ada yg saya hantar ke radio dll.

habis tingkatan 5, bermulalah dunia penulisan kreatif saya secara serius. maklum menganggur, banyak waktu saya habiskan dengan menulis. saya masih ingat membeli sebuah mesin taip kecil berjenama Royal dgn harga RM250.00. sangat mahal waktu tu tapi oleh kerana minat menulis membuak2, saya beli juga dgn wang simpanan pemberian ibubapa kerana saya menolong mereka di kedai makan keluarga kami.

maka pada 15 jun 1980, cerpen pertama saya tersiar di majalah terbitan variapop group. sangat seronok. selepas itu semakin banyak cerpen yg saya tulis, semua cerpen yg saya hantar ke majalah/akhbar begitu mudah mendapat tempat. selepas saya berhijrah ke kuala lumpur utk bekerja pada 1 disember 1981, makin banyak karya2 kreatif yg saya hasilkan. saya lebih teruja menghantar karya tersebut utk pertandingan memandangkan hadiahnya lumayan...

antara cerpen  saya yg memenangi hadiah :

* ' ayah ' - hadiah saguhati anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang (1983)
* ' warkah buat mama ' - hadiah saguhati anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang (1983)
* ' cinta ' - hadiah ke 3 anjuran majalah Jelita (1985)
* ' Calon suami " - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank
* ' Azira ' - hadiah pertama anjuran majalah Jelita (1987)
* ' Aidilfitri, dan rindu pun berguguran ' - hadiah saguhati Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1987)
* ' Hantaran ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1989)
* ' Along ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1990)
* ' Mak, maafkan saya ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1991)
* ' Gadis ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1992)
* ' Bintang ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1993)
* ' Merenda Impi ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1994)

- sebuah novel remaja berjudul CINTA SEMUSIM (1988) memenangi tempat pertama dlm pertandingan menulis novel remaja anjuran Variapop Group.

kini semuanya hanya tinggal kenangan. keratan2 cerpen/karya kreatif  tersebut masih tersimpan hingga kini sebagai kenangan utk ditunjukkan kepada anak2. walaupun ibu mereka tidak sekolah tinggi tetapi sekurang2nya ada sesuatu yg boleh dijadikan teladan.





Thursday 8 September 2011

datuk m.daud kilau, aruah mak & saya...

saya memang tak minat sangat dgn datuk m. daud kilau. tp saya akui dia lain drp yg lain. dia ori dalam mencari identitinya. itu saya kena akur. tp apa yg saya nak cerita di sini ialah berkaitan aruah mak saya. aruah sangat minat m. daud kilau. minat sangat2. bila ada saja rancangan hiburan yg menampilkan m.daud kilau di tv (waktu tu masih tv versi hitam putih) mak pasti akan duduk tercongok depan tv. jangan la ada sebarang gangguan atau sesiapa yg melintas di hadapannya. pasti kena bebel.

saya selalu mengutuk2 minat aruah mak. saya kata kat aruah, "mentang2 mak ada gigi emas sama mcm m.daud kilau, tu yg buat mak minat lebih tu yer..." hahaha...sesedap rasa je saya menuduh aruah mak.

aruah mak akan kusyuk tenguk m.daud kilau nyanyi kat tv. atau dengar suara kat radio pun jadilah. aruah mak suka sangat tenguk m.daud kilau bergelek. terkekek2 aruah ketawa. kalausaya mengutuk baju m.daud kilau yg 'terang-benderang' atau berkilau2an itu, marah betul mak. 'comellah tu..." kata mak...dalam hati apa yg comelnya pakai seluar kaler hijau, baju kaler merah...hahahaha

tapi bila mak meninggal pada 4 mei 2001 (10 tahun yg lalu), saya jadi sebak dan sedih setiap kali melihat m.daud kilau muncul di kaca tv ataupun bila membaca kisahnya di akhbar/majalah. saya berasa sangat berdosa, bukan sahaja kpd aruah mak tetapi juga kpd datuk m.daud kilau kena selalu mengutuk dia. byk dosa kerana mengutuk org yg tak berdosa itu...

satu hari saya beranikan diri menelefon datuk m.daud kilau. lupa dari mana saya dapat nombornya, tak penting sgt la tu...yg penting dia menjawab panggilan saya. maka bermulakan episod berbual2 antara saya dan dia. akhirnya perbualan melarat2 hampir sejam lamanya. yg penting, saya mengaku la yg saya dah banyak mengata2 dia...mengutuk2 dia. ayat pertama saya, "datuk, sebenarnya saya mmg tak minat datuk, tp aruah mak saya....bla bla bla....."

alangkah mulia hatinya. dengan suara tenang dia berkata, "takpe nak...saya faham...saya tak marah...bla bla bla...." dan akhirnya saya menjadi terharu, sebak dan sedih bila bercerita pasal aruah mak yg minat giler kat dia....(istilah sekarang la tu...)

dan akhirnya saya menangis. teresak-esak okay...adoiii, sgt malu tp  lega. sebagai catatan : masa aruah mak meninggal, saya tidak menangis. walaupun sangat sedih tp saya sangat tenang, dari memandikan aruah mak sehingga menghantar ke kubur, saya tidak menangis. tp saat itu, saat saya bercerita dgn m.daud kilau pasal aruah mak, saya boleh menangis...saya ingat kata2 beliau...
"sabar nak ya...udah ler tu..." dalam loghat peraknya yg pekat...

begitulah, akhirnya saya lega kerana telah memohon maaf atas dosa2 saya mengata2 dia. saya pasti aruah mak gembira dengan tindakan saya itu. saya tidak malu memohon maaf, tidak malu mengaku mengutuk2 beliau kerana diakhirnya dia telah dimaafkan saya...

datuk m.daud kilau, saya hormat peribadi mulia anda. sikap rendah diri anda. dan kpd aruah mak, alfatihah drp anakmu yg nakal ini :(