(hanya foto ini boleh dimuat di sini, foto tahun 1983...zaman slim la ni...hehe)
Tidak lama berkenalan, cuma 10 bulan tetapi takdir Allah telah menentukan tarikh 6 Mac 1983 itu sebagai tarikh untuk kami menjadi suami isteri, tak siapa boleh menghalangnya. Alhamdulillah, keputusan kami untuk mendirikan rumahtangga mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Majlis di sebelah saya di Kuantan sangat-sangat sederhana...ijab kabul, persandingan, makan-makan, khusus untuk keluarga rapat sahaja. Tiada undangan lain. Saya tidak datang daripada keluarga kaya, untuk tidak menyusahkan ibubapa; semua perbelanjaan kenduri kecil itu adalah hasil wang simpanan saya...alhamdulillah.
6 Mac 2008 ~ ulangtahun perkahwinan ke 25 ~ meraikan cinta di Genting Highlands
Oleh kerana wang simpanan habis untuk majlis kecil di sebelah saya, juga membeli perabut-perabut murah paling minima untuk rumah kecil yang disewa di Setapak; maka 'bulan madu' tiada untuk kami berdua. Sedihnya, ada kawan yang berkahwin hampir sama tarikhnya dengan kami telah pergi berbulan madu di Pulau Rawa, Johor. Saya dengar dan telan air liur saja la...hehehe
6 Mac 2009 ~ ulangtahun perkahwinan ke 26 ~ meraikan cinta di Cameron Highlands
tanggal kami diijabkabul 6.3.83 kami abadikan pada no. pendaftaran kereta kami ~ WRF 6383 dan WVR 6383
6 Mac 2010 ~ ulangtahun perkahwinan ke 27 ~ meraikan cinta di Kota Bharu
foto keluarga pada 6 Mac 2010 ~ Kota Bharu, Kelantan
6 Mac 2011 ~ ulangtahun perkahwinan ke 28 ~ meraikan cinta di Pulau Pinang
foto keluarga pada 6 Mac 2011 ~ Pulau Pinang
6 Mac 2012 ~ ulangtahun perkahwinan ke 29 ~ meraikan cinta di Pulau Langkawi
foto keluarga pada 6 Mac 2012 ~ Pulau Langkawi
6 Mac 2012 ~ Gunung Mat Cincang, Langkawi
6 Mac 2013 ~ ulangtahun perkahwinan ke 30 ~ meraikan cinta di Fraser's Hill
foto keluarga pada 6 Mac 2013 ~ Fraser's Hill
bersama 3 permata hati kami ~ Anis Adrina, Alia Amanda dan Aina Arissa
Awesome...
ReplyDeleteSalam.Selamat menyambut ulangtahun.Tertarik dgn entri kakak psl menang peraduan Jelita ke London gitu.He.
ReplyDeletealhamdulillah, terima kasih kerana sudi meluangkan waktu membaca catatan di blog ini...
ReplyDelete