Friday 30 December 2011

tanah suci, airmata & saya

saya bukan lah orang yang cengeng. sesiapa yg mengenali saya dari dekat, tahu karekter saya. tapi dengan airmata ni tak boleh berjanji....kadang2 orang menangis teresak2, hati saya kering jer. ada masa untuk benda2 yang remeh, saya boleh pula mengalirkan air mata...

tapi di tanah suci, menangis tu perkara biasa. setiap hari kita akan melihat orang menangis...merintih2 kadang2 sehingga menarik perhatian orang lain. tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda, menangis rutin biasa di tanah suci terutama di depan Kaabah.

( pemandangan biasa melihat jenazah diusung seperti ini ~ foto ini diambil jam 5.42 pagi, setelah selesai solat subuh )

sewaktu saya berkursus haji di masjid KLCC pada tahun 2010, ketika tayangan video mengenai Mekah diadakan..airmata saya sudah meleleh2. saya khuatir jika Allah tidak menjemput saya menjadi tetamunya sedangkan hati sudah berbunga2 hendak ke sana.

sebelum ke tanah suci, anak kecil saya yang berumur 9 tahun bertanya; mengapa saya harus ke tanah suci untuk solat dan  tidak mahu membawanya bersama. saya peluk aina arissa dan berkata kepadanya:

" sori sebab ibu tak dapat bawak aina. ibu sayang aina, sayang abah (bofren saya la), sayang kakak tapi ibu sayang Allah dan Nabi Muhammad lebih daripada semuanya. sebab tu ibu nak gi Mekah, nak pergi rumah Allah, nak ziarah makam Nabi...." belum abis lagi apa yang nak dicakap, airmata saya sudah laju mengalir. dan aina pun sama2 menangis sambil memeluk saya....
( di kelana jaya, buah hati saya aina arissa bertudung biru masih dalam mood happy )

dan waktu di Kelana Jaya, ketiga2 anak perempuan saya menangis waktu berpisah. aina yang paling ketara..melihat saya menyorong bagasi untuk masuk ke ruang check in, air matanya sudah berlinangan hingga ke dagu. saya memeluk dan mencium anak2 saya, mencium tangan bofren saya..airmata saya pun tumpah. selesai check in, saya menarik bagasi kecil menuju dewan taklimat. di luar cermin kaca, saya masih dapat melihat anak2 yang masih menangis sambil melambai-lambai...airmata saya seperti air sungai yang mengalir deras. saya terus menarik beg sambil menangis ala2 peserta akedemi fantasia yang tersingkir...hehehe

semasa dalam perjalanan ke airport, saya bersms dgn suami dan anak kedua, alia. saya tanya alia: "abah nangis tak?" jawab alia dalam smsnya..."nangis gak sikit2"..hahahaha...sepanjang usia perkahwinan kami 28 tahun, saya tak pernah melihat bofren saya nangis...

di mekah, pertama kali saya menangis ketika melihat kaabah. detik hati saya ketika itu, "terima kasih Allah kerana mengizinkan aku melihat kaabahMu..." dan saya terus melakukan tawaf Qudum (tawaf selamat datang) ....selepas itu saya tidak lagi menangis apabila melihat Kaabah.

( pulang dari mengerjakan ibadah melontar jamrah, melalui terowong Muaissem )
hari pertama di mekah, ketika melihat lautan manusia pelbagai rupa, berbeza warna kulit, tua dan muda, kurus dan tinggi, gemuk dan rendang, entah apa bangsanya, entah dari mana asalnya, saya menjadi sedih. seumur hidup saya tidak pernah melihat manusia seramai ini. berbondong2 ke masjid, dengan niat yang sama..beribadat kepada Allah, akhirnya saya mencari sudut terpencil, dan menangis semahunya...

ketika wukuf di arafah, sukar untuk saya menangis. cuaca yang panas terik begitu mencabar. ketika solat berimamkan menteri di jab. perdana menteri, datuk jamil khir, hati memang sayu. sedih, hiba dan entah apa2 perasaan semua bercampur baur. akhirnya airmata tumpah juga....

sewaktu pertama saya berjalan kaki sejauh 3km (pergi balik 6km) untuk ke tempat melontar, saya melihat jemaah berpasang-pasangan berjalan...saya menangis, ingatan kepada bofren tiba2 datang melihat jemaah suami isteri berpegangan tangan. adoii..sentimental betul la saat tu...tp tak lama, saya mencari sahabat saya, Dr. Widya, saya memegang tangannya...menumpang kasih la kejap...

( sangat la menginsafkan melihat jenazah diusung seperti ini, tiba2 pertanyaan hati berkata...bila agaknya masa kita?"

ada beberapa kali apabila bersama2 ustaz pembimbing pakej haji kami menunaikan solat, qiamulail di masjidil haram, di hadapan Kaabah...airmata sukar mengalir. tetapi ada masa ketika solat berimamkan imam masjidilharam yang kadang2 menangis ketika mengimamkan solat, tanpa disedari airmata saya turut mengalir...berbaur kesedihan apabila dapat solat bersama jutaan manusia dari seluruh dunia (tahun ini dikhabarkan seramai 6.5 juta jemaah mengerjakan haji...)

tabiat saya yang kuat sangat mengantuk telah menyebabkan saya menangis teresak2 pada satu pagi setelah selesai solat subuh. kisahnya begini: sehabis solat, saya berjalan dengan mata setengah pejam untuk pulang ke hotel. agenda dalam kepala, balik hotel terus  sarapan dan terus ke bilik untuk zzzzzz.......tiba2 saya berasa seperti melanggar sesuatu, dek kerana terkejut mata jadi bugar. masyaAllah, saya terlanggar atau dilanggar oleh orang yg sedang mengusung jenazah. di hadapan saya betul2 jenazah yang baru tadi saya turut melakukan solat jenazah...

( satu kepuasan bagi saya apabila tawaf, saya berada dekat dengan kaabah ~ selalunya selesai 7 pusingan, saya akan meletakkan tapak tangan saya di dinding kaabah, dan berdoa agar saya dapat menjadi tetamu Allah, lagi dan lagi...)

oleh kerana terperanjat, saya terpaku di situ. tiba2 saja airmata saya mengalir laju...saya menangis tersedu2. fikiran saya bagai bercelaru...tiba2 saja saya berkata di dalam hati, "ya Allah, satu hari nanti aku pun akak diusung seperti ini...siapakah agaknya yang akan mengusung mayatku?" ~ saya terus tersedu dalam perjalanan pulang dari masjid ke hotel penginapan....

airmata begitu murah...ketika berdoa di hadapan kaabah, berdoa di hijir ismail, berdoa di hadapan multazam hatta berdoa di raudhah, airmata bagai tak terbendung...terus berlinangan di pipi. tetapi ketika saya menziarah makam Nabi seorang diri, saya menangis bagaikan orang putus cinta. sehingga keletihan, sebaik ingin pulang ke hotel, kaki sudah tidak larat untuk melangkah..saya membuka kasut, mengheret kaki yang hanya berstokin sehingga tiba di pintu masjid.

( dihadapan kubah hijau...di bawahnya terletak makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW ~ selawat dan salam ke atas Baginda, kaum keluarga dan sahabatnya...)

kata2 terakhir saya di hadapan kubah hijau (makam kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW) ~ bye bye ya Rasulullah...semoga satu hari nanti saya akan datang lagi menziahi makam mu....dan saya terus menangis...
(ketika catatan ini ditulis, airmata menjadi teman.....)


( foto ini saya ambil dari tingkat 1 hotel penginapan, betul2 berhadapan dgn pintu 1, pintu king abdul aziz pada jam 3.52 petang )

Wednesday 28 December 2011

tawaf, spiderman & saya

tajuk catatan saya kali ni dicadangkan oleh seorang sahabat yang saya kenali sewaktu di mekah. kami datang dengan pakej haji yang sama, Pakej Nilam TH Travel tapi berlainan penerbangan. terima kasih Dr. Puteri Maizura atas cadangan...

mencium hajarulaswad memang tiada dalam 'wish list' saya. ustaz mengaji saya berpesan, tak usah la berebut-rebut untuk menciumnya. ia bukan wajib. cukup sekadar membuat isyarat mengucup dari jauh, sama sahaja. jadi saya memang ingat pesan ustaz. tak baik derhaka..huhu


( hari kedua saya di Mekah, suasana ketika tawaf....)

jadi, setiap kali saya tawaf, saya hanya melihat jemaah berpusu-pusu, berebut-rebut untuk mencium hajarul aswad. dalam hati terdetik, ada ke peluang saya nak menciumnya jika beribu-ribu orang yang saiz badan jauh lebih besar drp saya menggunakan tenaga mereka untuk menerpa ke depan, mencium hajarul aswad. tak mengapa la...saya memang tak mahu mencuba...

hari keempat saya di mekah, saya melakukan tawaf sunat seperti biasa...seorang diri. memang sepanjang di mekah, kebanyakan waktu saya bersendirian kerana lebih mudah pergerakan. ketika saya tawaf pada pusingan ketiga, tiba2 seorang lelaki Indonesia menegur saya:

" ibu mau cium hajarul aswad?"

( perhatikan jemaah yang berpusu2 mencium hajarul aswad (sebelah kiri di penjuru hajarul aswad) dan jemaah yang melekat pada multazam dan pintu Kaabah kerana di sini la tempat yang baik untuk berdoa )

sudah tentu saya angguk. dia memberi isyarat supaya saya mengikutnya. rupanya dia berlima. mereka berlima akan mengawal saya sepanjang saya mencium hajarul aswad, seorang di depan, seorang di belakang dan tiga lagi di bawah kerana khuatiri saya terjatuh. dia menyuruh saya membuka stokin supaya apabila saya memanjat syazarwan (bahagian dinding kaki Kaabah  setinggi 13 cm dan lebarnya 45cm) ia tidak menjadi licin. saya enggan membuka aurat saya. saya dalam ihram haji tetapi saya terlupa mencium hajarul aswad tidak boleh dilakukan jika dalam ihram. juga tidak sah tawaf jika kita memijak syazarwan begitu juga menyentuhnya. tetapi oleh kerana inilah peluang yang saya ada, saya akur kehendak hati...


saya pun memijak syazarwan. memang licin dan boleh tergelincir. saya meletakkan kedua-dua tangan dan mencengkam kuat dinding Kaabah supaya tidak terjatuh. agak pelik, daripada mana kekuatan yang saya ada sehingga saya tidak terjatuh dan tangan saya seolah2 melekat pada dinding Kaabah. setelah meniti di atas syazarwan beberapa minit, akhirnya hajarul aswad berada di depan mata.

( begini la saya ketika di mekah, berseorangan, buku doa sentiasa tergantung di leher dan pas Tabung Haji untuk pengenalan diri jika berlaku sebarang kejadian yg tidak diingini maka senang utk dikenalpasti )

 saya memasukkan muka saya ke dalam ruang hajarul aswad yang melengkung ke dalam. saya jadi blur...eh, apa doa yang kene baca masa cium hajarul aswad yer? detik hati kecil saya. betul2 saya blur, maklum tak pernah saya lihat dalam buku panduan haji doa mencium hajarul aswad...subhanallah, saya terpaku di situ. akhirnya saya pun mengucap 2 kalimah syahadah....itu je yang terlintas di fikiran. saya dengar lelaki indonesia tadi menjerit ke arah saya (barangkali melihat saya lama terpaku dengan muka masih berada di dalam hajarul aswad). katanya, "doa bu, doa untuk keluarga..." oooo...ha ah, saya pun berdoa, doa agar seluruh keluarga saya sentiasa di dalam rahmat Allah.

Lama saya di situ, saat mencium hajarul aswad, perasaan saya adalah ketika itu hanya saya seorang yang berada di situ. saya tidak terfikir ada ribuan orang yang menunggu untuk mencium hajarul aswad. hati saya berdetik, "eh, takde orang ke nak tarik aku dari sini?" saya menoleh ke kanan. seorang lelaki dengan muka tidak sabar terus menerkam hajarul aswad dan zaassss...berpusu2 manusia menerkam untuk menciumnya juga...

lelaki indonesia itu pun membawa saya keluar dari lautan manusia, menunggu saya untuk solat sunat 2 rakaat. selepas saya mengucapkan terima kasih dan menghulurkan sedikit hadiah, episod itu pun berakhir. selepas itu saya kembali tawaf, menambah satu pusingan yang terbatal kerana saya mencium hajarul aswad tadi...

bila saya kenangkan semula, saya berasa Allah telah menghantar lelaki indonesia itu untuk membantu saya. sebulan sebelum saya ke Mekah, saya telah membantu seorang lelaki indonesia (yang datang ke K.Lumpur atas jemputan YB. Menteri KPKK, tetapi diserang sakit jantung dan terlantar seminggu di HKL). saya diberikan kesempatan dan kelapangan oleh Allah untuk menjenguknya di hospital setiap hari, menguruskan kedatangan isterinya ke Kuala Lumpur dan menguruskan kepulangannya ke indonesia pada jam 4 pagi (ia menjadi tugas & tanggungjawab saya ketika itu sebagai Liason Officer) saya masih ingat ketika Bapak Zairil dan isterinya ibu Desnayanti mengucapkan terima kasih kepada saya, beliau berkata, "InsyaAllah satu hari Allah akan mengirimkan seseorang untuk membantu ibu di saat ibu memerlukan..."  dan saya menjawab, "InsyaAllah pak..amin...."

( foto kenangan saya dan Bapak Zairil di LCCT )

 
dan airmata saya bergenang memikirkan Allah benar2 memakbulkan kata2 Bapak Zairil, seorang CEO dari stesyen televisyen di Padang. Seorang yang telah berkali-kali mencium Hajarul Aswad dan pernah bersolat di dalam Kaabah. MasyaAllah, saya terasa diri saya sangat kecil, insan yang banyak dosa tetapi Allah telah memberi saya nikmat yang bukan sedikit...

apabila saya menceritakan pada teman2 sebilik saya telah mencium hajarul aswad, maka timbullah cerita saya menjadi spiderman..melekat pada dinding  Kaabah. dan dengan sukacitanya juga, oleh kerana saya mencium Hajarul Aswad dan memegang dinding Kaabah ketika saya berihram haji...maka saya kena membayar dam sebanyak 60 riyal  (RM52.00) kepada 6 orang fakir miskin...saya redha aje la, dam itu seperti sedekah yang menambah pahala kita...kata Ustazah Dr. Salmah kepada saya, "gatai pi cium buat apa?" hahaha...

ketika musim haji (waktu puncak), pelbagai cerita ngeri saya dengar mengenai tragedi mencium hajarul aswad..ada yang jatuh, dipijak, terpijak...dan ada yang meninggal, saya sendiri dua kali (dua kejadian) terserempak melihat mangsa diusung dari lautan manusia selepas cubaan mencium hajarul aswad...ada rakan melihat tompokan2 darah di sekitar hajarul aswad, ada seorang jemaah dari indonesia  bercerita yang dia terserempak dengan jemaah yang maut dipijak hingga terkeluar najisnya....masyaAllah... 

mujurlah saya mendengar dan melihat semua perkara itu setelah saya mencium hajarul aswad. kalau tidak sudah pasti saya tidak mahu membahayakan diri...

itulah pengalaman tawaf saya...banyak pengalaman lucu berlaku ketika tawaf sunat. antaranya apabila saya tawaf berseorangan, ada je pengikut di belakang saya. memaut di bahu..saya biarkan saja sebab selalunya makcik2 dari pakistan atau india yang berbuat demikian. saya pun kadang2 'menumpang' juga di belakang jemaah lain...kami menggunakan bahasa isyarat jer untuk tujuan tersebut...

sepanjang di Mekah, dapatlah saya mengerjakan beberapa jenis tawaf iaitu tawaf Qudum (tawaf selamat datang bagi yang mengerjakan haji ifrad seperti saya), tawaf ifadah (tawaf haji), tawaf umrah dan tawaf sunat. tapi sayang saya tidak boleh mengerjakan tawaf wada' (tawaf selamat tinggal) ekoran keuzuran....kebiasaannya tawaf wada' penuh emosi, penuh airmata...oleh kerana saya tidak boleh mengerjakan tawaf wada', saya hanya duduk di ruang saie dan menatap Kaabah dari jauh dengan linangan airmata....huhu


Friday 23 December 2011

Mengaji, Mengantuk & Saya

mengaji a.k.a membaca quran memang aktiviti wajib semua orang di Mekah dan Madinah. dan saya tak terkecuali. waktu di Mekah, boss lama sms..banyak2 mengaji, pesannya.  saya tahu, sewaktu beliau mengerjakan haji dua tahun lalu, beliau khatam quran 7 kali. sangat stress saya mendengarnya...

antara 'wish list' saya ialah hendak khatam quran depan Kaabah. bukan setakat di tanah suci tapi secara khususnya di depan Kaabah. saya yakin akan dapat menyempurnakan niat saya memandangkan sudah biasa khatam quran dalam tempoh sebulan di bulan ramadhan. jadi tempoh berada di Mekah selama sebulan, insyaAllah akan tercapai.


( mengantuk cabaran hebat bagi saya...)

namun dugaan yang datang bukan sedikit. setiap kali mengaji di dalam Masjidilharam, mata saya bagai di gam2. mengantuk tahap gaban. sampai tersengguk2. sampai meleleh air liur. kadang2 saya spray muka dengan air zam2...tetap tak jalan. adoiiiihai, saya marah pada diri sendiri.

bila saya melihat jemaah lain mengaji dengan kusyuk, saya jadi stress. satu hari di sebelah saya seorang jemaah dari Malaysia begitu kusyuk mengaji. saya jadi jeles, tak angkat2 kepala...mengaji terus. bila ada ruang untuk saya bercakap, saya cuit jemaah tersebut.

"makcik dari mana?"

"makcik mai dari kedah..." pekat loghat kedahnya.

"makcik tak ngantuk ke kalau ngaji?"

"tak aiiihhhh..."

"dah berapa kali makcik khatam?" tanya saya lagi.

"nak masuk 6 kali..."

mak ai. nak masuk 6 kali? makcik berusia 60an itu memberitahu sewaktu di madinah selama 10 hari beliau khatam dua kali. ya Allah, malu rasanya saya kepada diri sendiri. nak khatam sekali pun terkial2. selepas itu saya terus bersemangat, terus sambung bacaan saya. tapi kejap jer, lepas tu  terlelap lagi...

( pemandangan biasa jemaah membaca quran sementara menunggu waktu solat )
ada satu peristiwa yang agak lucu terjadi ekoran bab mengantuk tahap gaban ni. saya sedang mengaji sementara menunggu solat Asar. seperti biasa saya memang mengantuk, tapi gagahkan diri untuk mengaji, bimbang tak sempat khatam sebelum ke madinah. sebabnya cita2 besar nak khatam depan Kaabah...

( foto ini diambil oleh Azrin, sahabat sebilik di Mekah setelah selesai solat Asar )

mengaji punya mengaji, saya tiba2 berasa saya seperti berdengkur. saya terjaga. baik punya landing atas paha seorang jemaah Indonesia yang akhirnya saya ketahui dari Bogor. ya Allah, tadi saya mengaji...macamana saya boleh tertidur atas paha orang. saya bingkas bangun.

"ngak apa2 bu,  tadi ibu lagi ngaji...tiba2 ibu tumbang atas paha saya. jadi saya biarin aja ibu tidur. capek ya?"  MasyaAllah....saya tertidur sambil memeluk quran. Malunya saya....
dalam satu kejadian lain, sewaktu mengaji seperti biasa mengantuk giler. melihat saya tersengguk2 beberapa kali, seorang jemaah berkulit putih melepak menegur saya dalam bahasa Perancisnya yang pekat. di Mekah sangat biasa kami bercakap dalam bahasa masing-masing seolah faham. saya agak dia tanya saya, adakah saya mengantuk. saya angguk sambil memejamkan mata, konon2 nak bagitahu saya memang mengantuk. dia lantas meng'offer'kan pahanya untuk saya jadikan bantal. apalagi, orang mengantuk disorongkan paha...sempat la saya tidur dengan nyenyak berbantalkan paha jemaah putih melepak itu...

satu hari seorang jemaah Pakistan di sebelah kiri saya sedang kusyuk mengaji, betul2 di dalam Masjidilharam mengadap Kaabah. selesai mengaji dia terus menghembuskan muka saya dan mencium saya. apahal makcik ni? detik hati saya. dia bercakap tak henti2...macam la saya faham. melihat saya terpinga2, dia menunjukkan quran dan  menunjukkan jarinya dua batang....oooo...saya boleh faham apa yang nak disampaikan...dia dah khatam dua kali....saya pun memeluknya tanda syukur...

satu hari yang lain, setelah saya selesai mengaji, seorang jemaah juga dari Pakistan mencuit saya. dan dengan bahasa isyarat dia minta saya menghembuskan ke mukanya. ooooo...memang begitu rupanya orang Pakistan ni, ambil berkata la kot...saya pun buatlah, ambil hati..hehehe

( muka letih + mengantuk. tapi inilah memori indah saya bila dapat khatam quran di depan Kaabah )

dan alhamdulillah, akhirnya pada 30 november 2011~  setelah selesai solat Isyak, maka saya berjaya menamatkan bacaan walaupun penuh dengan dugaan. dugaan mengantuk yang melampau2. seperti 'wish list' saya, dapat khatam di depan Kaabah. oleh kerana saya seorang diri, maka saya meminta seorang jemaah mengambil foto buat kenangan...


 begitu la adanya...sekarang saya menyesal kerana tidak mengaji banyak sewaktu di mekah dan madinah. dugaan mengantuk tidak dapat saya tangani dengan bijak. hanya sekali khatam. malu pada makcik Pakistan yang sudah bongkok tubuhnya tapi dapat khatam 2 kali. apalagi pada makcik dari kedah yang berjaya khatam 6 kali...dan lebih2 lagi pada bekas boss saya yang khatam 7 kali...stress betul saya!


Thursday 22 December 2011

Kaabah, doktor gigi dan saya

Saya tiba di Mekah selepas Asar pada 29 Oktober 2011.  Ketika bas berhenti di hadapan hotel ( Hotel Royal Dar Al Eiman ) ~ hati saya berbunga2. MasyaAllah, lokasi hotel betul2 berhadapan dengan Masjidilharam. Rasa macam nak menangis pun ada, ucap saya dalam hati : " terimakasih Allah kerana memakhbulkan doaku," ~ doa saya agar hotel penginapan dekat dengan masjid, jadi setiap waktu saya boleh berjemaah di masjid. Alhamdulillah, tak sangka betul2 dekat...turun hotel terus jumpa dataran masjid, dan masuk melalui pintu King Abdul Aziz (pintu 1).

( Kaabah di musim haji )

Pertama kali ke tanah suci, saya tidak tahu harus ke masjid 1 atau 2 jam lebih awal sebelum masuk waktu solat (musim haji agaknya...), kalau tidak tak dapat tempat untuk solat. Pertama kali ke masjid, saya bersama-sama dengan salah seorang teman sebilik. Kami baru je berkenalan beberapa minit, terus bersama ke masjid. Nama pun tak ingat. Bila dia tanya, "akak nak ikut pergi masjid tak?" saya terus jawab "Nakkk "...

Maka kami berdua pun melangkah ke masjid dengan semangat berkobar2 (maklum pertama kali nak solat di Masjidilharam kerana kami berdua sama-sama kali pertama ke tanah suci), kami terus menuju ke Pintu 1. Malangnya kami tak dibenarkan masuk. Kami menyusur ke sebelah kiri masjid, di tangga pintu kecil itupun kami tidak dibenarkan masuk. Detik hati saya, "ya Allah, mengapa kami tak dibenarkan masuk?" Rasa sedih pun ada. Waktu itu tidak terfikir, rupanya dalam masjid sudah penuh dengan jemaah.

Kata teman saya, "kak, jom kita duk kat tangga ni jer..kita ngaji nak..." dan akhirnya kami bersimpuh di tangga. Kami sama2 membaca surah AlMulk. Sebaik habis mengaji, tiba2 je pengawal pintu tu membenarkan kami masuk...masyaAllah, kami pun masuk walaupun cuma boleh bersolat Magrib di ruang kecil, tp agak selesa juga kerana berhawa dingin.

( Dr. Widya Suzanee )

Sebaik solat, kata teman saya, "kak, jom kita masuk ke dalam..." saya pun jawab "jom la, akak nak tenguk Kaabah ". maka kami berdua terus menuju ke dalam Masjidilharam, seperti rusa masuk kampung..tercari2 di mana Kaabah (saya sebenarnya dihantui satu cerita yg diceritakan oleh seorang ustaz waktu saya berkursus haji di setiawangsa, dimana seorang jemaah wanita tidak nampak Kaabah, jadi saya takut andainya ia berlaku kpd saya...)

( bersama Dr. Widya dan Kak Nurul ~ selepas solat sunat berjemaah, zikir munajat dan membaca Quran di dataran tawaf )

Dari jauh Kaabah megah tersergam di hadapan mata. Kami berpandangan...kata teman saya, "ya Allah kak, Kaabah..." kami sama2 menangis sambil berpegangan tangan. Terima kasih Allah, Kaabah yg dulu hanya dilihat di gambar atau di kaca tv, kini berada di depan mata....terima kasih Allah, Kau mengizinkan aku untuk melihat KaabahMu, walaupun aku datang membawa segunung dosa...bisik hati saya. Dan airmata terus berlinangan....

"Kak, jom kita tawaf " kata rakan saya. Kami pun sama2 mengerjakan Tawaf Qudum (tawaf selamat datang sebab kami mengerjakan Haji Ifrad). Pengalaman tawaf kali pertama dgn rakan yg saya belum ketahui namanya, tetap menarik. Kami berpegangan tangan di tengah lautan manusia. Sebaik tawaf, kami sama2 duduk membaca Quran sementara menunggu solat Isyak.

( Gambar Kaabah terakhir yang saya ambil, sehari sebelum berangkat ke Madinah ~ suasana lengang, 15 minit selesai tawaf 7 pusingan )

Begitu la ia bermula. Dan akhirnya rakan itu saya ketahui namanya, seorang doktor gigi yang mempunyai kliniknya sendiri di sri kembangan. namanya Dr. Widya Suzanee. Seorang ibu kepada 3 orang anak, sangat baik hati, pemurah  dan penyayang. Bermula la persahabatan kami, banyak cerita, banyak airmata yang tumpah kemudiaannya apabila kami berdua....saat2 suka duka kami di tanah suci, hanya Allah yang tau. Ia sangat istimewa...seistimewa dua lagi adik2 yg berkongsi bilik dengan saya, Azrin dan Shahinaz.

Terlalu banyak yang telah kami lalui sepanjang di Mekah dan Madinah. Bercerita, shopping dan paling utama mengerjakan ibadah bersama-sama. Dan takdir Allah tak siapa yg tahu, melihat Kaabah kali pertama pun ketika kami berdua, kali terakhir melihat Kaabah pun kami berdua juga. Ketika jemaah lain melakukan Tawaf Wada' (tawaf selamat tinggal), kami berdua hanya dapat melihat Kaabah dari ruang Saie kerana kami uzur. Kami duduk selama 2 jam, berdoa dan berwirid. Kami sama2 bercerita, menyimpulkan apa yg kami lalui di Mekah dengan airmata. Kami berpelukan, berasa saling menghargai persahabatan yang ada.

Begitu la Allah yang menentukan apa yang kami lalui, sangat manis untuk dikenang. Begitu juga sewaktu di Madinah. Pertama kali kami ke Raudhah bersama-sama. Dan kali terakhir ke Raudhah juga kami berdua. Solat dan berdoa bersama-sama....ya Allah, terima kasih atas segala yang Kau takdirkan buatku. Berulangkali kami berdua berziarah ke Makam Nabi, melihat kubah hijau dari luar Masjid Nabawi...bukan sedikit airmata kami tumpah ketika mengucap selawat dan salam ke atas kekasih Allah itu.

Dr. Widya banyak mengajar saya erti kesabaran. Walaupun usianya jauh lebih muda daripada saya namun kematangan fikirannya terutama dalam aspek kehidupan sangat saya kagumi. Terima kasih Wid, sudi berkongsi segala rasa yang ada. Menjadikan bahunya tempat saya melepaskan lelah. Menenangkan perasaan saya yang kadang2 haru biru. Memeluk saya di saat saya kesedihan...ya Allah, betapa persahabatan ini keranaMu. Kerana cinta kami kepadaMu dan kekasihMu, Nabi Muhammad SAW.

( Foto terakhir saya, di ruang Saei. Melihat Kaabah dari jauh...senyum hanya di bibir, sudah puas menangis...entah bila dpt dikunjungi lagi rumah Allah ini )


Kini semuanya hanya kenangan...pelukan terakhir sewaktu berpisah di KLIA adalah pelukan yang sangat meruntun jiwa. Airmata kami bagai tak terbendung...hanya Allah yang tau perasaan kami. Terima kasih Wid, atas segala hadiah dan pemberian. Semoga Allah melimpahkan rezeki buatmu.

Allah memang maha mendengar. Doa saya agar Allah temukan dengan sahabat yang baik sewaktu di Mekah telah Allah kabulkan. Dikirimkan seorang perempuan berhati mulia bernama Widya Suzanee untuk menemani saya...terima kasih doktor gigi. Dan dua orang lagi sahabat yang sangat istimewa, Azrin dan Shahinaz. Maka lengkaplah perjalanan haji saya yang penuh memori indah....

Wednesday 21 December 2011

Mekah, Madinah dan sahabat2 baru saya...

"saya tak suka kawan sebilik saya, tak reti nak kencing dalam toilet bowl, kencing kat ruang mandi...hancing, saya kena menyental lantai, saya nak tukar bilik tp Tabung Haji kata saya boleh tukar di Madinah jer..." cerita seorang jemaah yang cantik, muda dan bergaya.

( dari kiri : Dr. Widya, Shahinaz, saya dan Azrin ~ meraikan ulangtahun saya )
"kawan sebilik saya cakap kasar dengan saya, cerewet...ada sehelai rambut di lantai bilik air pun dia bising. Dia kata, 'if u dont like me, u can blah..." kata pula seorang wanita berumur 59 tahun, bercerita ketika kami sedang menunggu untuk solat Isyak.

"saya stress, rasa nak balik malaysia sekarang juga. kawan sebilik saya tidur tak pakai seluar dalam. dah dua kali saya ternampak...bila saya tegur, dia marah saya..." mengadu seorang jemaah berusia 40an berasal dari Kelang.

( Bersama Dr. Widya di Masjid Nabawi )

Mustahil mereka ada2kan cerita, pasti mereka bercakap benar. Luahan yang jujur dan ikhlas. Di Mekah kottt....takkan nak create story. Saya mendengar. Tidak mahu mengomen panjang selain ungkapan skema saya, "sabar je la..."

( Bersama Azrin di Airport Madinah, sebelum berangkat pulang ke tanahair )

Itu cerita yang saya dengar, yang saya tak dengar pasti lebih banyak. Tabung Haji sendiri mengakui, ramai yang komplen pasal kawan sebilik. Tak sesuai, tak boleh ngam dan macam2. Dalam perkara ini bagi saya, sukar Tabung Haji nak atasi dek kekangan semasa. Bilik hotel di musim haji memang terhad.

Ramai yang ingin mendengar pengalaman haji saya, jadi inilah yang permulaan. Mengenai karenah rakan sebilik, yang tidak pernah kita kenali sebelum ini. Yang harus menjadi kawan kita selama sebulan lebih di tanah suci.
( Bersama Shahinaz di Jabal Uhud )

( Seorang lagi sahabat baik saya di tanah suci, Dr. Hanina (kanan) ~ beliau adik ipar kpd rakan sebilik saya, Shahinaz )


( Bersama Dr. Puteri Maizura, hajjah comel yang pandai memanjakan diri..hehe )


( di Madinah ~ bersama sahabat2 saya dan suami masing-masing. Kecuali haji yang paling hujung, berjubah maroon )

( Nampak sedap kan? memang sedap pun...ini la jamuan simple but sweet masa birthday saya yang ditaja oleh teman2 sebilik saya yang baik hati...)

Apabila saya mendapat pengesahan untuk menunaikan haji dengan Tabung Haji Travel, saya berdoa setiap kali selepas solat agar ditemukan dengan teman2 sebilik yang baik2. Yang boleh membantu saya ketika saya kesusahan, maklumlah saya pergi seorang diri. Waktu mendaftar dengan TH Travel dan berbincang mengenai kos dan sebagainya, saya bagitahu yang saya tak kisah berapa orang sebilik asalkan hotel saya dekat dengan masjid. Dan alhamdulillah saya memilih Pakej Nilam, 4 orang sebilik. Dijanjikan hotel yang jaraknya 80 meter dari masjid.

Saya tidak kenal siapa lagi 3 orang teman sebilik sehinggalah saya tiba di Mekah. Ketika saya tiba di bilik 720, Dar Al Eiman Royal Hotel yang terletak di bawah Safwa Tower, baru la saya kenal dengan 3 orang lagi teman sebilik. Mereka memang bersama saya dalam penerbangan KT85 tetapi bas kami dari Jeddah ke Mekah berbeza. Jadi mereka tiba dahulu.

Alhamdulillah, saya bersyukur kpd Allah kerana diketemukan dengan 3 orang teman yang sangat baik, pemurah, penyayang dan lebih daripada apa yang saya minta dengan Allah. Mereka bertiga datang dengan suami masing2, dan suami mereka pula berkongsi bilik yang sama.

Dr. Widya Suzanee, seorang doktor gigi yang mempunyai klinik sendiri, Azrin seorang jurutera di Telekom Malaysia dan Shahinaz yang bertugas di...oppps, tak ingat la pulak. Semuanya berjawatan tinggi, maka saya la yang paling sengkek...hehehehe....

Apabila kami berempat bercerita mengenai teman sebilik ini maka keluarkan cerita tentang persamaan yang telah kami lakukan sebelum kami ke Mekah. Kami berempat sama2 berdoa agar Allah berikan teman sebilik yang baik. Kata Dr. Widya, dia membuat solat hajat untuk tujuan ini. Dan alhamdulillah, Allah mempertemukan kami. Kami serasi, sama2 ke masjid atau membuat ibadah lain...sama2 bersantai, pergi menyoping..huhu

Waktu birthday saya pada 17 November, mereka bertiga ajak saya makan di luar. Ala2 meraikan birthday, simple but sweet. Terima kasih Rin, Wid dan Inaz...saya sangat terharu. Selain mereka bertiga, ramai lagi teman2 baik pakej Nilam (KT85) yang baik dengan saya..tak ada pengalaman yang tidak manis melainkan yang manis2 belaka...

Saya, Dr. Widya dan Azrin berpelukan dan sama-sama menangis waktu kami ingin berpisah di KLIA. (sayang Inaz tak kelihatan waktu ni......) Sangat sedih dan sayu waktu tu, walaupun cuma 42 hari bersama tapi kenangan manis sukar dilupakan. Saya bertemu Inaz ketika menunggu bagasi...berpelukan lagi dan airmata bergenang lagi...

Kepada adik2 tersayang, Dr. Widya, Azrin dan Shahinaz....kalian bertiga melengkapan perjalanan haji saya, perjalanan yang penuh rasa cinta kepada Allah dan kekasihNya, Muhammad. Semoga kasih sayang yang wujud di tanah suci, kekal abadi menemani kita sepanjang hayat....