Thursday 25 August 2011

Memori MERDEKA saya...

pengertian Merdeka bagi setiap orang adalah berbeza. tapi yang diketahui umum, 31 ogos adalah hari cuti umum. bagi saya yg lahir selepas negara meraih kemerdekaan, tarikh kemerdekaan memang harus diingati oleh setiap rakyat negara ini tanpa mengira perbezaan kaum, keturunan dan agama...

walaupun sudah berkali-kali saya melihat perarakan sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, hati saya tetap berbunga-bunga. teruja melihat kontinjen berbaris dengan pelbagai warna pakaian...pertunjukan padang, lintas hormat jet-jet pejuang, semuanya seronok untuk ditonton.

kali pertama saya hadir pada sambutan Hari Kebangsaan setelah saya bekerja ialah pada tahun 1985. Ini la kali pertama sambutan diadakan di luar Kuala Lumpur. masih ingat kah di mana? di Melaka....negeri bersejarah. waktu itu bandar kecil itu penuh sesak dengan orang ramai. ketika itu saya bertugas sebagai pemberita di jabatan perdana menteri, konon2 membuat liputan la. oleh kerana semua hotel abis ditempah, saya bersama jurufoto dan pemandu kereta jabatan telah bermalam di bilik mesyuarat pejabat kami di Melaka. berbantalkan buku panduan telefon, kami bertiga lena berlantaikan simen yang sejuk..setiap daripada kami mengambil penjuru bilik mesyuarat yang luas itu.

kenangan itu tetap segar di ingatan walaupun telah berlalu lebih suku abad...dan pada tahun itu juga, buat pertama kali rakyat Malaysia dapat melihat kereta nasional Proton Saga turut berarak di Padang Pahlawan. Semua teruja termasuk saya. Dalam hati saya terfikir, mampukan saya memiliki Proton Saga satu hari nanti? dan alhamdulillah, 23 tahun kemudian saya membeli sebuah Proton Saga untuk saya....

dan tahun ini insyaAllah, negara kita meraikan kemerdekaan kali ke 54. Terima kasih Allah kerana menjadikan Malaysia sebuah negara yang selesa untuk didiami...tidak kira la perbezaan fahaman politik atau agama, namun kita masih selamat di sini...dan tahun ini buat julung-julung kalinya sambutan tersebut ditunda ke tarikh 16 September oleh kerana 31 Ogos jatuh pada hari raya kedua. tidak mengapa la, asalkan kita sedar bahawa Malaysia sudah merdeka...dan sebagai warganya, kita harus memerdekakan hati dan fikiran daripada dibelenggu dakyah-dakyah yang boleh merosakkan minda...

selamat hari kebangsaan kawan-kawan semua, raikan dengan penuh bangga...dan di sini potret saya bersama mantan ketua pengarah penerangan malaysia, dato' abdullah morad sewaktu sambutan 31 ogos pada 2009...


2 comments:

  1. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kak...time kasih sbb ada foto i..hi hi hi

    ReplyDelete