Wednesday 28 December 2011

tawaf, spiderman & saya

tajuk catatan saya kali ni dicadangkan oleh seorang sahabat yang saya kenali sewaktu di mekah. kami datang dengan pakej haji yang sama, Pakej Nilam TH Travel tapi berlainan penerbangan. terima kasih Dr. Puteri Maizura atas cadangan...

mencium hajarulaswad memang tiada dalam 'wish list' saya. ustaz mengaji saya berpesan, tak usah la berebut-rebut untuk menciumnya. ia bukan wajib. cukup sekadar membuat isyarat mengucup dari jauh, sama sahaja. jadi saya memang ingat pesan ustaz. tak baik derhaka..huhu


( hari kedua saya di Mekah, suasana ketika tawaf....)

jadi, setiap kali saya tawaf, saya hanya melihat jemaah berpusu-pusu, berebut-rebut untuk mencium hajarul aswad. dalam hati terdetik, ada ke peluang saya nak menciumnya jika beribu-ribu orang yang saiz badan jauh lebih besar drp saya menggunakan tenaga mereka untuk menerpa ke depan, mencium hajarul aswad. tak mengapa la...saya memang tak mahu mencuba...

hari keempat saya di mekah, saya melakukan tawaf sunat seperti biasa...seorang diri. memang sepanjang di mekah, kebanyakan waktu saya bersendirian kerana lebih mudah pergerakan. ketika saya tawaf pada pusingan ketiga, tiba2 seorang lelaki Indonesia menegur saya:

" ibu mau cium hajarul aswad?"

( perhatikan jemaah yang berpusu2 mencium hajarul aswad (sebelah kiri di penjuru hajarul aswad) dan jemaah yang melekat pada multazam dan pintu Kaabah kerana di sini la tempat yang baik untuk berdoa )

sudah tentu saya angguk. dia memberi isyarat supaya saya mengikutnya. rupanya dia berlima. mereka berlima akan mengawal saya sepanjang saya mencium hajarul aswad, seorang di depan, seorang di belakang dan tiga lagi di bawah kerana khuatiri saya terjatuh. dia menyuruh saya membuka stokin supaya apabila saya memanjat syazarwan (bahagian dinding kaki Kaabah  setinggi 13 cm dan lebarnya 45cm) ia tidak menjadi licin. saya enggan membuka aurat saya. saya dalam ihram haji tetapi saya terlupa mencium hajarul aswad tidak boleh dilakukan jika dalam ihram. juga tidak sah tawaf jika kita memijak syazarwan begitu juga menyentuhnya. tetapi oleh kerana inilah peluang yang saya ada, saya akur kehendak hati...


saya pun memijak syazarwan. memang licin dan boleh tergelincir. saya meletakkan kedua-dua tangan dan mencengkam kuat dinding Kaabah supaya tidak terjatuh. agak pelik, daripada mana kekuatan yang saya ada sehingga saya tidak terjatuh dan tangan saya seolah2 melekat pada dinding Kaabah. setelah meniti di atas syazarwan beberapa minit, akhirnya hajarul aswad berada di depan mata.

( begini la saya ketika di mekah, berseorangan, buku doa sentiasa tergantung di leher dan pas Tabung Haji untuk pengenalan diri jika berlaku sebarang kejadian yg tidak diingini maka senang utk dikenalpasti )

 saya memasukkan muka saya ke dalam ruang hajarul aswad yang melengkung ke dalam. saya jadi blur...eh, apa doa yang kene baca masa cium hajarul aswad yer? detik hati kecil saya. betul2 saya blur, maklum tak pernah saya lihat dalam buku panduan haji doa mencium hajarul aswad...subhanallah, saya terpaku di situ. akhirnya saya pun mengucap 2 kalimah syahadah....itu je yang terlintas di fikiran. saya dengar lelaki indonesia tadi menjerit ke arah saya (barangkali melihat saya lama terpaku dengan muka masih berada di dalam hajarul aswad). katanya, "doa bu, doa untuk keluarga..." oooo...ha ah, saya pun berdoa, doa agar seluruh keluarga saya sentiasa di dalam rahmat Allah.

Lama saya di situ, saat mencium hajarul aswad, perasaan saya adalah ketika itu hanya saya seorang yang berada di situ. saya tidak terfikir ada ribuan orang yang menunggu untuk mencium hajarul aswad. hati saya berdetik, "eh, takde orang ke nak tarik aku dari sini?" saya menoleh ke kanan. seorang lelaki dengan muka tidak sabar terus menerkam hajarul aswad dan zaassss...berpusu2 manusia menerkam untuk menciumnya juga...

lelaki indonesia itu pun membawa saya keluar dari lautan manusia, menunggu saya untuk solat sunat 2 rakaat. selepas saya mengucapkan terima kasih dan menghulurkan sedikit hadiah, episod itu pun berakhir. selepas itu saya kembali tawaf, menambah satu pusingan yang terbatal kerana saya mencium hajarul aswad tadi...

bila saya kenangkan semula, saya berasa Allah telah menghantar lelaki indonesia itu untuk membantu saya. sebulan sebelum saya ke Mekah, saya telah membantu seorang lelaki indonesia (yang datang ke K.Lumpur atas jemputan YB. Menteri KPKK, tetapi diserang sakit jantung dan terlantar seminggu di HKL). saya diberikan kesempatan dan kelapangan oleh Allah untuk menjenguknya di hospital setiap hari, menguruskan kedatangan isterinya ke Kuala Lumpur dan menguruskan kepulangannya ke indonesia pada jam 4 pagi (ia menjadi tugas & tanggungjawab saya ketika itu sebagai Liason Officer) saya masih ingat ketika Bapak Zairil dan isterinya ibu Desnayanti mengucapkan terima kasih kepada saya, beliau berkata, "InsyaAllah satu hari Allah akan mengirimkan seseorang untuk membantu ibu di saat ibu memerlukan..."  dan saya menjawab, "InsyaAllah pak..amin...."

( foto kenangan saya dan Bapak Zairil di LCCT )

 
dan airmata saya bergenang memikirkan Allah benar2 memakbulkan kata2 Bapak Zairil, seorang CEO dari stesyen televisyen di Padang. Seorang yang telah berkali-kali mencium Hajarul Aswad dan pernah bersolat di dalam Kaabah. MasyaAllah, saya terasa diri saya sangat kecil, insan yang banyak dosa tetapi Allah telah memberi saya nikmat yang bukan sedikit...

apabila saya menceritakan pada teman2 sebilik saya telah mencium hajarul aswad, maka timbullah cerita saya menjadi spiderman..melekat pada dinding  Kaabah. dan dengan sukacitanya juga, oleh kerana saya mencium Hajarul Aswad dan memegang dinding Kaabah ketika saya berihram haji...maka saya kena membayar dam sebanyak 60 riyal  (RM52.00) kepada 6 orang fakir miskin...saya redha aje la, dam itu seperti sedekah yang menambah pahala kita...kata Ustazah Dr. Salmah kepada saya, "gatai pi cium buat apa?" hahaha...

ketika musim haji (waktu puncak), pelbagai cerita ngeri saya dengar mengenai tragedi mencium hajarul aswad..ada yang jatuh, dipijak, terpijak...dan ada yang meninggal, saya sendiri dua kali (dua kejadian) terserempak melihat mangsa diusung dari lautan manusia selepas cubaan mencium hajarul aswad...ada rakan melihat tompokan2 darah di sekitar hajarul aswad, ada seorang jemaah dari indonesia  bercerita yang dia terserempak dengan jemaah yang maut dipijak hingga terkeluar najisnya....masyaAllah... 

mujurlah saya mendengar dan melihat semua perkara itu setelah saya mencium hajarul aswad. kalau tidak sudah pasti saya tidak mahu membahayakan diri...

itulah pengalaman tawaf saya...banyak pengalaman lucu berlaku ketika tawaf sunat. antaranya apabila saya tawaf berseorangan, ada je pengikut di belakang saya. memaut di bahu..saya biarkan saja sebab selalunya makcik2 dari pakistan atau india yang berbuat demikian. saya pun kadang2 'menumpang' juga di belakang jemaah lain...kami menggunakan bahasa isyarat jer untuk tujuan tersebut...

sepanjang di Mekah, dapatlah saya mengerjakan beberapa jenis tawaf iaitu tawaf Qudum (tawaf selamat datang bagi yang mengerjakan haji ifrad seperti saya), tawaf ifadah (tawaf haji), tawaf umrah dan tawaf sunat. tapi sayang saya tidak boleh mengerjakan tawaf wada' (tawaf selamat tinggal) ekoran keuzuran....kebiasaannya tawaf wada' penuh emosi, penuh airmata...oleh kerana saya tidak boleh mengerjakan tawaf wada', saya hanya duduk di ruang saie dan menatap Kaabah dari jauh dengan linangan airmata....huhu


No comments:

Post a Comment