Wednesday 21 December 2011

Mekah, Madinah dan sahabat2 baru saya...

"saya tak suka kawan sebilik saya, tak reti nak kencing dalam toilet bowl, kencing kat ruang mandi...hancing, saya kena menyental lantai, saya nak tukar bilik tp Tabung Haji kata saya boleh tukar di Madinah jer..." cerita seorang jemaah yang cantik, muda dan bergaya.

( dari kiri : Dr. Widya, Shahinaz, saya dan Azrin ~ meraikan ulangtahun saya )
"kawan sebilik saya cakap kasar dengan saya, cerewet...ada sehelai rambut di lantai bilik air pun dia bising. Dia kata, 'if u dont like me, u can blah..." kata pula seorang wanita berumur 59 tahun, bercerita ketika kami sedang menunggu untuk solat Isyak.

"saya stress, rasa nak balik malaysia sekarang juga. kawan sebilik saya tidur tak pakai seluar dalam. dah dua kali saya ternampak...bila saya tegur, dia marah saya..." mengadu seorang jemaah berusia 40an berasal dari Kelang.

( Bersama Dr. Widya di Masjid Nabawi )

Mustahil mereka ada2kan cerita, pasti mereka bercakap benar. Luahan yang jujur dan ikhlas. Di Mekah kottt....takkan nak create story. Saya mendengar. Tidak mahu mengomen panjang selain ungkapan skema saya, "sabar je la..."

( Bersama Azrin di Airport Madinah, sebelum berangkat pulang ke tanahair )

Itu cerita yang saya dengar, yang saya tak dengar pasti lebih banyak. Tabung Haji sendiri mengakui, ramai yang komplen pasal kawan sebilik. Tak sesuai, tak boleh ngam dan macam2. Dalam perkara ini bagi saya, sukar Tabung Haji nak atasi dek kekangan semasa. Bilik hotel di musim haji memang terhad.

Ramai yang ingin mendengar pengalaman haji saya, jadi inilah yang permulaan. Mengenai karenah rakan sebilik, yang tidak pernah kita kenali sebelum ini. Yang harus menjadi kawan kita selama sebulan lebih di tanah suci.
( Bersama Shahinaz di Jabal Uhud )

( Seorang lagi sahabat baik saya di tanah suci, Dr. Hanina (kanan) ~ beliau adik ipar kpd rakan sebilik saya, Shahinaz )


( Bersama Dr. Puteri Maizura, hajjah comel yang pandai memanjakan diri..hehe )


( di Madinah ~ bersama sahabat2 saya dan suami masing-masing. Kecuali haji yang paling hujung, berjubah maroon )

( Nampak sedap kan? memang sedap pun...ini la jamuan simple but sweet masa birthday saya yang ditaja oleh teman2 sebilik saya yang baik hati...)

Apabila saya mendapat pengesahan untuk menunaikan haji dengan Tabung Haji Travel, saya berdoa setiap kali selepas solat agar ditemukan dengan teman2 sebilik yang baik2. Yang boleh membantu saya ketika saya kesusahan, maklumlah saya pergi seorang diri. Waktu mendaftar dengan TH Travel dan berbincang mengenai kos dan sebagainya, saya bagitahu yang saya tak kisah berapa orang sebilik asalkan hotel saya dekat dengan masjid. Dan alhamdulillah saya memilih Pakej Nilam, 4 orang sebilik. Dijanjikan hotel yang jaraknya 80 meter dari masjid.

Saya tidak kenal siapa lagi 3 orang teman sebilik sehinggalah saya tiba di Mekah. Ketika saya tiba di bilik 720, Dar Al Eiman Royal Hotel yang terletak di bawah Safwa Tower, baru la saya kenal dengan 3 orang lagi teman sebilik. Mereka memang bersama saya dalam penerbangan KT85 tetapi bas kami dari Jeddah ke Mekah berbeza. Jadi mereka tiba dahulu.

Alhamdulillah, saya bersyukur kpd Allah kerana diketemukan dengan 3 orang teman yang sangat baik, pemurah, penyayang dan lebih daripada apa yang saya minta dengan Allah. Mereka bertiga datang dengan suami masing2, dan suami mereka pula berkongsi bilik yang sama.

Dr. Widya Suzanee, seorang doktor gigi yang mempunyai klinik sendiri, Azrin seorang jurutera di Telekom Malaysia dan Shahinaz yang bertugas di...oppps, tak ingat la pulak. Semuanya berjawatan tinggi, maka saya la yang paling sengkek...hehehehe....

Apabila kami berempat bercerita mengenai teman sebilik ini maka keluarkan cerita tentang persamaan yang telah kami lakukan sebelum kami ke Mekah. Kami berempat sama2 berdoa agar Allah berikan teman sebilik yang baik. Kata Dr. Widya, dia membuat solat hajat untuk tujuan ini. Dan alhamdulillah, Allah mempertemukan kami. Kami serasi, sama2 ke masjid atau membuat ibadah lain...sama2 bersantai, pergi menyoping..huhu

Waktu birthday saya pada 17 November, mereka bertiga ajak saya makan di luar. Ala2 meraikan birthday, simple but sweet. Terima kasih Rin, Wid dan Inaz...saya sangat terharu. Selain mereka bertiga, ramai lagi teman2 baik pakej Nilam (KT85) yang baik dengan saya..tak ada pengalaman yang tidak manis melainkan yang manis2 belaka...

Saya, Dr. Widya dan Azrin berpelukan dan sama-sama menangis waktu kami ingin berpisah di KLIA. (sayang Inaz tak kelihatan waktu ni......) Sangat sedih dan sayu waktu tu, walaupun cuma 42 hari bersama tapi kenangan manis sukar dilupakan. Saya bertemu Inaz ketika menunggu bagasi...berpelukan lagi dan airmata bergenang lagi...

Kepada adik2 tersayang, Dr. Widya, Azrin dan Shahinaz....kalian bertiga melengkapan perjalanan haji saya, perjalanan yang penuh rasa cinta kepada Allah dan kekasihNya, Muhammad. Semoga kasih sayang yang wujud di tanah suci, kekal abadi menemani kita sepanjang hayat....

No comments:

Post a Comment