Wednesday 7 September 2011

sangkar cinta pertama saya

kadang2 saya rindu untuk tinggal di rumah pertama saya di wangsa maju. rumah kecil 2 bilik itu sangat selesa untuk saya dan suami semasa kita berdua sahaja. hampir 12 tahun di awal usia perkahwinan, di situ la kami menyulam cinta sehingga la dikurniakan 3 orang cahayamata perempuan....semua anak2 membesar di rumah itu, kecuali anak bungsu sempat setahun sahaja di situ...

sebenarnya di sebalik kenangan manis, ada juga kenangan sedih sewaktu mahu membeli rumah ini. ketika itu saya baru saja kerja selama 3 tahun, gaji baru RM430.00. ketika memohon pinjaman di CCM (credit corporation malaysia), pegawai yg menguruskan pinjaman tu mengherdik saya dengan berkata, "boleh ke awak bayar balik loan ni, gaji sikit...nak makan pasir?"

saya berasa sgt terhina diperlakukan begitu. dek kerana nak buat loan kerajaan masih tak layak (waktu itu umur 30 tahun baru blh buat pinjaman perumahan), maka saya dengan senyum sehabis manis berkata saya sanggup. gaji RM430.00, bayaran ansuran selama 15 tahun ialah RM247.00. saya cuma pinjam 90% drp harga rumah, RM25,000.00.

alhamdulillah loan saya lulus. seronok bukan kepalang walaupun rumah tersebut cuma sebuah flat kos murah 2 bilik 1 bilik air. akhirnya pada ramadhan 1986, saya berpindah ke rumah tersebut. bersama suami yg rajin membantu, kami menghias rumah sempit kami mengikut citarasa saya. memang dari saya dulu sukakan warna merah jambu, maka hasilnya seluruh rumah berwarna tersebut, termasuk periuk dan cerek.

amat manis dapat memiliki rumah sendiri ketika berumur 24 tahun. tak perlu lagi menyewa, walaupun bagi sesetengah orang ia cuma seluas setor sahaja namun bagi saya yg bergaji kecil ini, ini la sangkar cinta pertama saya ~ our love nest!

dan syukur kpd Allah jua, loan yg sepatutnya saya bayar selama 15 tahun itu telah berjaya saya lunaskan dlm tempoh 12 tahun 6 bulan. rasa mahu menitik airmata saya apabila menjelaskan bayaran terakhir pada 16 september 1997. tak pernah sekali pun saya makan pasir walaupun menjelaskan bayaran loan tersebut setiap bulan melebihi kadar yg ditetapkan...saya redha sahaja dgn sikap biadap manusia kerana mmg kita kena akur, apabila kita susah pasti kita akan dikeji dan dipandang hina...

bermula dengan ramadhan, berakhir dengan ramadhan juga. maka pada ramadhan 2003, saya berpindah dari rumah kecil saya itu ke rumah yg lebih besar sedikit sahaja, pangsapuri 4 bilik di ukay perdana. rumah ini saya sewakan sebanyak RM600 dan alhamdulillah, semua penyewa baik2 belaka dan menjelaskan bayaran sewa tanpa perlu diminta. rezeki Allah buat saya yg bersusah payah di awal usia...

( memenuhi permintaan sahabat baik saya seorang wartawan di majalah JELITA, kamisah mustaffa ~ maka gambar2 rumah pangsa kos rendah saya ini telah tersiar di majalah tersebut pada keluaran ogos 1988 )




4 comments:

  1. sedih cerita akak - walaupunbagaiman pun, ini satu pengalaman yg menarik dan best2 utk dikongsi..memang kak pndai menghias..dari dulu hingga kini..hehee..

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum wbt

    jika dilihat dr gbr mmg tak terfikir pun rumah tu hny flat 2 bilik

    syabas

    ReplyDelete
  3. rusna ~ mmg sedih pengalaman nak beli rumah ni tp takpe, ia mendewasakan akak...menghias ni ikut apa yg akak suka, dan apa yg mampu saja..

    ReplyDelete
  4. ana ~ dlm gambar mmg mcm tu, sempit je sebenarnya. tp lepas gambar ni keluar majalah, ada gak orang dtg nak tenguk rumah, tak caya bila kata flat kos murah...tp mmg murah pun...

    ReplyDelete