Monday 12 September 2011

xtvt weekend saya...

terus terang menjahit bukan la minat saya. mmg tak pandai langsung, jahit jelujur pun tak pandai. masa baru kawin, pernah sekali kaki seluar suami tertetas benangnya, disebabkan saya tak pandai menjahit, suami lekatkan guna stapler. mmg lawak, tp itu benar2 kejadian...hehe

tp saya sejak tahun 80an, suka jahit crosstich. sbb masa tu mmg tengah musim semua org jahit benda tu. cantik juga dijadikan frame dan kusyen. tp sejak 2002, saya suka jahit manik pd baju. drp mata terang benderang, kini terpaksa guna cermin mata disebabkan aktiviti menjahit manik ni...

dah lama saya berhenti menjahit manik sbb mata dah semakin kelabu. tp entah kenapa waktu jenjalan di GM plaza di jalan raja laut sebelum puasa lalu, gatal pulak membeli manik2 pelbagai warna. murah sangat harganya. ada diskaun lagi..sedar tak sedar, pilih punya pilih, terbeli la manik2 dgn harga RM55 setelah diberi diskaun...

sebelum puasa, baju2 kurung dah siap 8 lapan. baju basahan utk ke opis. baju raya beli yg dah siap bermanik2. kain2 tu semua dibeli masa lawatan kerja ke brunei, hadiah harijadi dan juga hadiah drp kawan2 di brunei. tu yg 8 pasang semuanya...

bulan puasa lepas, tak pula ada hati nak menyentuh baju2 tu utk dijahit manik. rugi pulak rasanya menjahit manik di bulan puasa, waktu senggang eloklah buat hal2 lain yg berfaedah...contohnya tidur. hehe

jd sabtu dan ahad lepas, dpt la saya menekun dgn aktiviti jahit menjahit manik di leher dan lengan baju. walaupun di leher tu bukannya nampak sbb dilindungi tudung, tp nak juga jahit utk syok sendiri. dan 4 helai baju telah siap 'dicantikkan'. sebenarnya sempoi jer, bukan buat yg rumit2 mana pun...ok la drp kelihatan kosong. nampak la berseri sikit sbb kain pun dah la murah....





oleh kerana nak fokus jahit manik, maka aktiviti memasak untuk anak2 diawalkan. buat nasi lemak, goreng telur dadar dan sambal sotong. menu kedua, buat spaghetti. jd sepanjang hari anak2 mengulang makan 2 menu ni, jd saya boleh fokus menjahir sambil melayan tv...nasib la dpt ibu yg tak berapa nak rajin. hihi

selain itu, saya suka gak cantikkan tudung2 murah yg dibeli secara borong di jln tuanku abd. rahman. tudung berbatu yg pernah saya beli sehingga rm40 - rm50 sehelai, beli secara borong baru rm15. beli batu2 di GM plaza, balik lekatkan pada awning tudung...ok la sikit drp boleng jer...

ok la...next time boleh citer pasal hobi2 lain pulak...

2 comments:

  1. hobi yg menguntungkan tak payah tempah

    ReplyDelete
  2. ana ~ tp kadang2 beli baju mmg siap dah ada manik..yg beli siap lg cantik, buat sendiri ala kadar jer...

    ReplyDelete