Tuesday 6 September 2011

peristiwa 18 ramadhan saya...

18 ogos 2011 bersamaan 18 ramadhan 1432H bersamaan hari khamis merupakan hari yg sibuk bagi saya. seawal jam 8.15 pagi setelah mendapat izin drp bos no. 1, hj. kamal dan bos no.2, cik anita wafa - saya terus memecut ke masjid angkasapuri utk bersama2 sahabat2 yg lain dlm majlis tadarus peringkat kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan...alhamdulillah, lebih 300 org yg hadir maka semuanya berjalan agak lancar. di akhir acara, sepasang telekung bebunga merah jambu menjadi milik saya. terima kasih kpd yg menyumbang...

sejak awal ramadhan saya telah berniat utk menyelesaikan hutang saya kpdNya. jadi selesai bertadarus, saya memandu ke seksyen 5, wangsa maju. destinasi ke pejabat pungutan zakat WPKL. tahun terdahulu saya membayar zakat di awal tahun, entah mengapa tahun ini teringin pula membayarnya pada bulan ramadhan dgn harapan dapat la pahala yg berganda :)

oleh kerana pendapatan saya ciput jer dan simpanan pun tak seberapa, jumlah zakat pun tak la sebanyak mana. namun alhamdulillah, urusan selesai dalam 10 minit. apa yg nak saya ceritakan kat sini bukan la pasal urusan bayar zakat tp peristiwa yg berlaku selepas itu.

sebaik masuk ke dlm kereta, saya menarik nafas lega. menadah tangan mengucap syukur sebanyak2nya kpd Allah kerana mendorong saya utk mengeluarkan zakat kerana ia tidak mudah. walaupun jumlah tak banyak, tp liat nak  bayar. saya selalu ingat kata2 ini sebagai motivasi diri saya ~ " tidak akan miskin seseorang yg mengeluarkan zakat dan melakukan amalan bersedekah ". saya yakin dan percaya, Allah pasti menggantikan jumlah yg kita belanjakan itu dgn rezeki yg lebih banyak...mudah2an...

agenda saya seterusnya mahu menjemput 3 org anak dara saya dari sekolah. 2 org di sekolah menengah (tak jauh dr pusat zakat tu) dan seorang lg di sekolah rendah yg terletak di taman tasik titiwangsa. mengejar waktu tp saya tetap berhati2, gostan kereta perlahan2 bimbang berlaku perkara yg tak diingini (saya belum biasa dgn kereta tersebut kerana baru 4 hari guna). memang saya pasti tiada apa2 halangan maka saya mengundur perlahan2...

tiba2 di sebelah kanan, saya nampak seorg lelaki Punjab berumur dalam 70an bercakap2 sambil tangannya menunjuk2 kpd saya. MasyaAllah, dr mana pulak uncle singh ni dtg? tak nampak pun tadi. saya dah terlanggar dia ke? saya terus menurunkan cermin kereta dan dia menghampiri saya. saya bertanya adakah saya dah terlanggar dia, dia menjawab tidak. jd apahal? maka perbualan kami pun bermula, dlm bahasa inggeris yg sempoi tp saya melayukan agar lbh mudah bagi saya yg tak berapa pandai bahasa inggeris ni...

" saya tenguk muka awak, awak sangat gembira..."

" ya, saya gembira sbb saya baru selesai bayar zakat..." dlm hati berkata, faham ke uncle singh ni apa itu zakat? takpe la...

" dr muka awak saya boleh baca, awak sgt baik hati. suka tolong orang, tp hati2..ada seorang yg depan awak cakap baik tp belakang awak dia mengata awak dan dengki dgn awak..."

" siapa? " agak terkejut saya dgn kata2nya itu, apahal pulak dia cakap mcm ni dgn saya. kenal pun tidak.

" saya boleh cerita tp bg saya sedikit masa. awak jgn takut, saya org baik. org alim, " katanya sambil menunjukkan tasbih yg dipakainya.

' takpe, saya takde masa. nak ambik anak2 sekolah. terima kasih uncle, take care..."

dia mengangguk dan pergi sambil melambaikan tangan. dia menghilang di sebalik bangunan kedai dan saya pun terus ke sekolah mengambil ke tiga2 org anak dara saya dan kemudiannya terus ke klinik kerajaan di sri rampai untuk membuat rutin pemeriksaan kesihatan saya, maklumlah dah tua...

mengingat kembali pereistiwa tersebut, saya tidak mahu percaya kerana takut terjebak syirik. tp saya selalu percaya, pasti akan ada org yg tidak sukakan kita utk sebab2 yg mereka saja tau. biasalah kehidupan, bila susah kita dikeji..bila senang ada je yg dengki. tp sbb saya org yg tak punya harta menimbun, rasanya tak perlu ada yg dengki. tp jika ada, terpulanglah kerana apa yg saya ada semuanya kepunyaan Allah yg dipinjamkan sebentar utk saya nikmati. bila saya mati, semua yg saya punya tak mungkin saya bawa ke kubur...

begitulah peristiwa 18 ramadhan saya...yg meninggalkan tanda tanya di hati saya hingga ke saat ini...

No comments:

Post a Comment