Thursday 8 September 2011

duit 5 ringgit & rezeki saya

setiap hari saya akan tiba di ofis antara jam 6.30 - 6.40 pagi. baik dihantar suami atau saya yg memandu sendiri, itu la masanya saya tiba di ofis. tidak kira la cuaca baik atau dlm hujan lebat....sejak dulu sehingga sekarang begitu la. kadang2 saya solat subuh di ofis dan kalau angin baik, boleh la membaca Quran sehelai dua...

pagi itu sebaik turun dari kereta di hadapan taxi stand (hadapan wisma sime darby) saya terlihat seorang lelaki tua menuju jejambat. firasat saya dia mungkin golongan 'homeless'. rasa kesian menerjah hati saya apabila melihat dia, "nak ke mana pakcik ni pagi2  mcm ni....dah makan ke belum?" hati saya berkata2...lalu saya membuka dompet dan menghulurkan duit 5 ringgit. niat saya biarlah pagi ni dia boleh bersarapan dgn rezeki yg saya beri itu. bukan banyak mana pun...tp boleh la utk mengalas perut. dia mengangguk2kan kepala dan terus memanjat jejambat bengkok utk menyeberang jalan sultan ismail yg sibuk....( niat saya bercerita ini bukan utk riak tp ada kisah di sebaliknya..teruskan membaca )

sebaik tiba di ofis, saya membuka PC. menyemak email seperti biasa. waktu tu saya belum ada akaun facebook. jadi membaca email adalah rutin saya sebelum membaca akhbar dan tugas2 rutin yg lain. tiba2 saya berdebar2 melihat satu email yg mengatakan saya telah memenangi peraduan mencipta kad untuk show Disney On Ice (DOI) .

mungkin ramai tau, show DOI ini kerap diadakan di stadium putra bukit jalil. saya sendiri telah beberapa kali membawa anak2 menonton show DOI dengan membeli tiket yg paling murah iaitu lbh kurang RM40. jadi bila saya berlima (termasuk suami + anak2) maka, RM200 juga la melayang setiap kali menonton show. tp saya seronok melihat anak2 gembira...

berbalik kpd cerita saya menang ni, melalui laman web rasmi DOI...ada  satu pertandingan membuat 'welcome card' untuk 2 karektor kartun DOI iaitu mickey & minie mouse. saya bukannya pandai grafik, maklum la dah warga emas...maka saya ke kedai, membeli kad keras berwarna pink (warna wajib saya ni..hehe), lalu melukis kepala mickey...menempek2 gambar kartun mickey & minnie...menaburkan serbuk2 berwarna gold supaya nampak glittering..tarrraaaa....menjadi la kad sempoi tu...idea org tua mcm tu la. syok sendiri mcm dah cantik sangat la tu...dengan modal lebih kurang 5 ringgit, kad tu saya siap dan poskan....

dan pagi tersebut, kad sempoi saya tu dikhabarkan menang salah satu hadiah utama. wahhh...biar betul? bodoh je kad saya tu...dan semua kad yg menang (tak ingat la berapa...) akan diadili utk menang hadiah utama, melancong ke hongkong disneyland. tp yg ni of coz la saya tak menang...sbb kad saya sangat2 la sempoinya...

dgn kemenangan tersebut, saya dpt 4 tiket VVIP untuk menonton DOI. dapat duduk di gradstand...yg mana kalau saya nak beli tiketnya, nilainya RM300 setiap satu...alhamdullilah, dapat la saya membawa 3 anak dara saya. selain itu dapat juga barangan drp penaja dan sebelum show bermula, kami dapat beramah mesra dengan watak2 utk show DOI..dpt bergambar dgn mickey dan minnie...seronok melihat anak2 gembira dan teruja.

ini la yg saya nak kaitkan dengan duit 5 ringgit yg saya ikhlas sedekahkan kpd hamba Allah yg tidak saya kenali itu. barangkali berkat keikhlasan itu, Allah berikan saya ganjaran yg lebih besar, dan hasrat utk mengembirakan hati anak2 telah Allah tunaikan....alhamdulillah & maha suci Allah yg maha mengetahui apa yg ada dlm hati hambaNya....

( inilah kad yg saya buat..dipamerkan sewaktu show DOI diadakan...kad sempoi bermodalkan 5 ringgit ini berjaya mendapat hadiah bernilai lebih seribu ringgit ~ alhamdulillah )




No comments:

Post a Comment