Friday 9 September 2011

memori indah sahabat saya....

( foto kenangan ketika majlis perkahwinan anak sulung kak timah, hani pada jun 2010 di dewan merak kayangan )

( hadiah ulangtahun saya pd 17 november 2010 drp kak timah yg dihantar ke ofis )


memang mudah mencari kawan tetapi seorang sahabat amatlah sukar. sahabat adalah seorang yg selalu bersama kita, si saat senang atau pun susah. tidak pernah mengambil kesempatan dan tidak lokek menghulur bantuan...

alhamdulillah, saya rasa bertuah kerana dikelilingi sahabat2 yg baik. sejak saya bekerja 30 tahun lalu, sahabat2 saya kebanyakkannya sepejabat. salah seorangnya yg saya panggil kak timah. kami sangat rapat, banyak perkara kami sependapat. minat yg tidak jauh bezanya. jarang saya rapat dengan seseorang seperti saya rapat dengannya. pernah bermalam di rumahnya di ampang jaya. pernah juga bermalam di rumah ibunya di muar, johor.

ada satu peristiwa yg sgt menyentuh perasaan yg akan saya kenang sampai akhir usia. sewaktu kak timah hamil anak bungsu (1993), saya sangat teruja. saya tahu dia sangat inginkan anak lelaki kerana 5 orang anaknya sebelum ini semua perempuan (seorang meninggal dunia). saya selalu yakinkan dia bahawa dia hamil anak lelaki (walaupun sebenarnya saya tidak pasti)...sebagai seorang sahabat saya ingin mengembirakan dia. kata saya kepadanya :

" i'Allah anak kak timah ni lelaki, nanti saya puasa sunat sehari bila kak timah selamat bersalin..."

dan saat yg ditunggu akhirnya tiba. dan alhamdulillah, kak timah melahirkan bayi lelaki yg sangat2 comel...saya melawatnya sewaktu di klinik bersalin (di medan tuanku) dan menghadiahkannya sejambak bunga kesukaannya. saya dapat rasakan kegembiraannya. dan esoknya saya berpuasa sunat sehari, mengotakan janji saya. saya ingat kak timah bagi saya 20 ringgit : " nah, ambik duit ni utk beli KFC buat buka puasa..." sebak saya teringat peristiwa itu.

ketika itu saya sendiri telah 10 tahun berkahwin tp masih belum dikurniakan anak. melihat sahabat baik mendapat anak, apalagi anak lelaki yg diidamkan...ia membuat saya teruja bercampur sedih. turut gembira di atas kegembiraan seorang sahabat tp berasa sedih kerana belum ditakdirkan mempunyai zuriat sendiri...

namun doa saya supaya Allah kurniakan seorang anak lelaki buat sahabat baik saya tidak berakhir di situ. sebulan kemudian saya disahkan hamil, selepas lebih 10 tahun menanti saat bahagia itu. sudah tentu la saya gembira dan kegembiraan ini saya kongsi bersama kak timah. satu hari kak timah yg masih dlm pantang menelefon saya memberitahu, kata suaminya (abang harun) barangkali kerana keikhlasan saya berpuasa sehari itu la yg menyebabkan Allah mengabulkan doa saya utk memiliki zuriat sendiri...

kata2 itu membuatkan saya menangis. dan ketika saya melahirkan anak pertama, kak timah dan suaminya datang ke rumah kecil saya, menjengah hingga ke bilik utk melihat bayi pertama saya. malu bukan kepalang, maklumlah suami kak timah pegawai tinggi di JPM, sudi pula bertandang ke rumah saya...rumah pangsa kos rendah di wangsa maju.

sehingga kini kami tetap bersahabat. walaupun jarang bertemu, tp ingatan dan kasih sayang saya terhadapnya tidak pernah hilang. saya pasti tidak lupa mengirimkan hadiah pada ulangtahunnya tanggal 20 mac. dan begitu juga dia, setiap tanggal 17 november saya pasti akan menerima hadiah dan sejambak bunga, di pejabat atau di rumah. walaupun ketika beliau di luar negara, sejambak bunga tetap saya terima. ada waktunya dihantar oleh anak2nya.

buat sahabat saya, Datin Fatimah Mohd. Shah ~ terimakasih atas memori persahabatan kita yg sentiasa indah dalam ingatan. doa saya supaya Allah sentiasa merahmati kita....

( kenangan saya, kak timah dan suaminya Datuk Harun Hashim sewktu majlis perkahwinan anak ke 3 nya pada 2010 lalu...)

4 comments:

  1. kak.. akak ni ada bakat menulis la kak.. tulisan akak sangat indah pada mata saya yang membacanya.. keep it up kak aishah.. selamat datang ke dunia blogger...

    ReplyDelete
  2. tQ ~ insyaAllah & selamat membaca...

    ReplyDelete
  3. penceritaan yg menarik - terharu sy membacanya..nk menangis pun ada jugak..
    apbila kita dpt sahabat mcm ni, kita akn gembira- bagi sy, sahabat adalah yg sanggup berkongsi duka,gembira dan yg boleh menegur kesilapan sy..sy ada sahabat 4 orang yg smpai skrg masih berhubung, walaupun kami berjauhan tapi kami akan sentiasa ingat mengingati..itulah indahnya sebuah persahabatan..

    ReplyDelete
  4. rusna ~ sahabat sejati sukar dicari...sahabat yg baik sentiasa sudi memberi dan tidak meminta, insyaAllah bila menjadi sahabat jadi la sahabat yg menerima seseorang apa adanya..bukan sbb pangkat, rupa atau harta :)

    ReplyDelete