Friday 9 September 2011

cek 5 ringgit & cinta pertama saya...

sebelum cinta sesama manusia, cinta pertama saya adalah dalam bidang penulisan. saya tidak tahu dari mana ia bermula tetapi ia hadir dlm diri saya secara semulajadi. sejak di primary school, saya suka membuat karangan. ketika berumur 11  tahun, saya menulis sebuah karangan...tajuknya 'Bapa Saya'. oleh kerana waktu itu di rumah belum ada tv, maka radio buruk kakak saya menjadi penghibur hati. jd program kegemaran saya terbitan RTM kuala terengganu bertajuk 'Setahun Jagung'. program ini utk kanak2 terbitan Hajah Rokiah Haji Ramlan...

maka saya menghantar karangan saya itu kerana ada peraduan menulis karangan utk kanak2 primary school. semuanya dgn usaha sendiri, karangan tersebut saya poskan dan minggu2 berikutnya saya menunggu utk mengetahui keputusannya. agak mengejutkan kerana 'bapa Saya' telah memenangi hadiah tunggal dlm pertandingan tersebut. tiada penyertaan lain yg layak...wah, mcm hebat je karangan saya tu. entah la, yg saya ingat karangan tersebut sgt sempoi kerana semuanya saya yg reka sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa...

tidak lama selepas itu, saya menerima sekeping cek bernilai 5 ringgit. utk seorang kanak2 berumur 11 thn pd tahun 70an, mcm banyak je duit tu. bapa saya membawa saya dgn menaiki motorsikal ke bandar kuantan, 20km dari rumah utk menunaikan cek. setelah ditolak komisyen atau apa pun yg saya tak tau...maka saya dapat 4 ringgit 50 sen...semua duit tu saya gunakan membeli makanan utk keluarga, termasuk sebiji kek bulat di kedai cina yg di atasnya ada sebiji ceri merah. sgt glamer kek mcm tu di tahun 70an...

sejak itu saya suka menulis. cek 5 ringgit yg saya terima dan ditunaikan di bank itu sangat membuatkan saya teruja. di sekolah menengah, saya menulis puisi, cerpen dan coretan2 yg saya kira saya syok sendiri. banyak juga yang tersiar di majalah sekolah. ada yg saya hantar ke radio dll.

habis tingkatan 5, bermulalah dunia penulisan kreatif saya secara serius. maklum menganggur, banyak waktu saya habiskan dengan menulis. saya masih ingat membeli sebuah mesin taip kecil berjenama Royal dgn harga RM250.00. sangat mahal waktu tu tapi oleh kerana minat menulis membuak2, saya beli juga dgn wang simpanan pemberian ibubapa kerana saya menolong mereka di kedai makan keluarga kami.

maka pada 15 jun 1980, cerpen pertama saya tersiar di majalah terbitan variapop group. sangat seronok. selepas itu semakin banyak cerpen yg saya tulis, semua cerpen yg saya hantar ke majalah/akhbar begitu mudah mendapat tempat. selepas saya berhijrah ke kuala lumpur utk bekerja pada 1 disember 1981, makin banyak karya2 kreatif yg saya hasilkan. saya lebih teruja menghantar karya tersebut utk pertandingan memandangkan hadiahnya lumayan...

antara cerpen  saya yg memenangi hadiah :

* ' ayah ' - hadiah saguhati anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang (1983)
* ' warkah buat mama ' - hadiah saguhati anjuran Dewan Persuratan Melayu Pahang (1983)
* ' cinta ' - hadiah ke 3 anjuran majalah Jelita (1985)
* ' Calon suami " - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank
* ' Azira ' - hadiah pertama anjuran majalah Jelita (1987)
* ' Aidilfitri, dan rindu pun berguguran ' - hadiah saguhati Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1987)
* ' Hantaran ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1989)
* ' Along ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1990)
* ' Mak, maafkan saya ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1991)
* ' Gadis ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1992)
* ' Bintang ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1993)
* ' Merenda Impi ' - hadiah utama Hadiah Sastera Utusan Melayu/Public Bank (1994)

- sebuah novel remaja berjudul CINTA SEMUSIM (1988) memenangi tempat pertama dlm pertandingan menulis novel remaja anjuran Variapop Group.

kini semuanya hanya tinggal kenangan. keratan2 cerpen/karya kreatif  tersebut masih tersimpan hingga kini sebagai kenangan utk ditunjukkan kepada anak2. walaupun ibu mereka tidak sekolah tinggi tetapi sekurang2nya ada sesuatu yg boleh dijadikan teladan.





4 comments:

  1. hehehe...best! suka tang yg cek 5 hengget tu..kalau skrg kak, dgn duit 5 hengget tu kita nk beli apa eh...? takde sangat lah kan? tapi dengan 5 hengget tu lah akak boleh bli brg keperluan dan sebijik kek yg cantik tu...
    (tersenyum sendirian baca entry ni)

    ReplyDelete
  2. rusna ~ dulu 5 rgt tu banyak sgt rasanya..sekarang ni blh la kalau utk sarapan jer. tp memori ini segar dlm ingatan...

    ReplyDelete
  3. sukenya dpt tgok novel cinta semusim tu..sekitar 88,89,90...dulu ada juga beli novel2 remaja terbitan variapop tu tp smua dah hilang..

    ReplyDelete
  4. hema ~ waktu muda semangat utk menulis berkobar2...tp sekarang, ia hilang ntah ke mana..tQ kerana sudi membaca...

    ReplyDelete