Thursday 8 September 2011

sangkar cinta kedua saya...

maklumlah dek kerana pendapatan yg tak seberapa, setelah melunaskan loan rumah pertama...baru la saya membeli rumah kedua ini. rumah pertama habis dibayar pada 16 september 1997, maka 4 tahun kemudian baru saya membeli rumah kedua yg terletak di ukay perdana ( bersebelahan dgn bukit antarabangsa ). rumah ni tidak lah besar mana, cuma sebuah apartment kos sederhana, 4 bilik dan 2 bilik air. walaupun tidak luas tp lebih selesa drp rumah pertama di wangsa maju..alhamdulillah...

mesti ada yg tertanya, mengapa menunggu 4 tahun baru nak beli rumah kedua? sebenarnya setelah selesai hutang rumah pertama, saya membeli kereta pertama saya..sebuah kancil merah. saya terpaksa menunggu lama utk membeli kereta kerana tidak mampu membayar dua hutang serentak...rumah + kereta. namun alhamdulillah, Allah permudahkan perancangan yg saya buat...

saya berpindah ke rumah kedua saya pada 31 oktober 2003, hari yg sama perlantikan perdana menteri malaysia yg ke 5. anak sulung saya ketika itu baru di tahun 3, manakala sibungsu baru berusia genap setahun pd oktober tersebut. saya telah mengambil cuti rehat selama 17 hari untuk mengemas rumah. kerja2 mengecat dan yg lebih sukar dibantu suami. perkara2 yg lebih detail, saya la yg buat. setiap pagi sibungsu dihantar ke rumah pengasuh memandangkan keadaan berhabuk dan masih belum bersih sepenuhnya...

agak meletihkan berpindah pada bulan ramadhan...tp yg seronoknya kita tidak sabar untuk beraya di rumah baru. dan alhamdulillah, aidilfitri 2003 disambut dalam suasana yg lebih ceria.  tema baju raya kami tahun tersebut ialah ungu, sesuai dengan tema warna rumah..ungu + pink + putih.

kini sudah 9 tahun saya beraya di rumah ini ~ dan langsirnya masih belum bertukar lagi. setiap kali mahu menukar langsir, rasa selalu merasakan langsir yg ada masih cantik dan mengikut selera saya. jadi tak perlu la ditukar sehingga saya benar2 jemu...

barangkali tidak lama lagi rumah ini akan saya tinggalkan jika berpindah ke putrajaya. saya berhasrat tinggal di putrajaya sehingga usia persaraan...tenguk la macamana. tp rumah ini tidak akan disewakan...boleh la menjenguknya sekali sekala...

( atas permintaan sahabat juga, puan rashidah ibrahim dr Anjung Seri ~ maka hiasan dalaman rumah ini telah disiarkan dlm majalah tersebut keluaran september 2005 )

2 comments:

  1. sy mmg ingat ayat tu .... dr tkt bwh ke tkt 4, nanti nak selongkar balik koleksi majalah anjung seri

    ReplyDelete