Thursday 8 September 2011

datuk m.daud kilau, aruah mak & saya...

saya memang tak minat sangat dgn datuk m. daud kilau. tp saya akui dia lain drp yg lain. dia ori dalam mencari identitinya. itu saya kena akur. tp apa yg saya nak cerita di sini ialah berkaitan aruah mak saya. aruah sangat minat m. daud kilau. minat sangat2. bila ada saja rancangan hiburan yg menampilkan m.daud kilau di tv (waktu tu masih tv versi hitam putih) mak pasti akan duduk tercongok depan tv. jangan la ada sebarang gangguan atau sesiapa yg melintas di hadapannya. pasti kena bebel.

saya selalu mengutuk2 minat aruah mak. saya kata kat aruah, "mentang2 mak ada gigi emas sama mcm m.daud kilau, tu yg buat mak minat lebih tu yer..." hahaha...sesedap rasa je saya menuduh aruah mak.

aruah mak akan kusyuk tenguk m.daud kilau nyanyi kat tv. atau dengar suara kat radio pun jadilah. aruah mak suka sangat tenguk m.daud kilau bergelek. terkekek2 aruah ketawa. kalausaya mengutuk baju m.daud kilau yg 'terang-benderang' atau berkilau2an itu, marah betul mak. 'comellah tu..." kata mak...dalam hati apa yg comelnya pakai seluar kaler hijau, baju kaler merah...hahahaha

tapi bila mak meninggal pada 4 mei 2001 (10 tahun yg lalu), saya jadi sebak dan sedih setiap kali melihat m.daud kilau muncul di kaca tv ataupun bila membaca kisahnya di akhbar/majalah. saya berasa sangat berdosa, bukan sahaja kpd aruah mak tetapi juga kpd datuk m.daud kilau kena selalu mengutuk dia. byk dosa kerana mengutuk org yg tak berdosa itu...

satu hari saya beranikan diri menelefon datuk m.daud kilau. lupa dari mana saya dapat nombornya, tak penting sgt la tu...yg penting dia menjawab panggilan saya. maka bermulakan episod berbual2 antara saya dan dia. akhirnya perbualan melarat2 hampir sejam lamanya. yg penting, saya mengaku la yg saya dah banyak mengata2 dia...mengutuk2 dia. ayat pertama saya, "datuk, sebenarnya saya mmg tak minat datuk, tp aruah mak saya....bla bla bla....."

alangkah mulia hatinya. dengan suara tenang dia berkata, "takpe nak...saya faham...saya tak marah...bla bla bla...." dan akhirnya saya menjadi terharu, sebak dan sedih bila bercerita pasal aruah mak yg minat giler kat dia....(istilah sekarang la tu...)

dan akhirnya saya menangis. teresak-esak okay...adoiii, sgt malu tp  lega. sebagai catatan : masa aruah mak meninggal, saya tidak menangis. walaupun sangat sedih tp saya sangat tenang, dari memandikan aruah mak sehingga menghantar ke kubur, saya tidak menangis. tp saat itu, saat saya bercerita dgn m.daud kilau pasal aruah mak, saya boleh menangis...saya ingat kata2 beliau...
"sabar nak ya...udah ler tu..." dalam loghat peraknya yg pekat...

begitulah, akhirnya saya lega kerana telah memohon maaf atas dosa2 saya mengata2 dia. saya pasti aruah mak gembira dengan tindakan saya itu. saya tidak malu memohon maaf, tidak malu mengaku mengutuk2 beliau kerana diakhirnya dia telah dimaafkan saya...

datuk m.daud kilau, saya hormat peribadi mulia anda. sikap rendah diri anda. dan kpd aruah mak, alfatihah drp anakmu yg nakal ini :(




3 comments:

  1. datuk m. daud kilau ni nak katakan sy minat tak lah juga tapi lagu2nya mmg sy kenal dan ada liriknya sy hafal

    kdg2 ada juga terserempak dgn datuk ni bila sy balik kpg

    ReplyDelete
  2. rusna/ana ~ tQ coz sudi baca, cerita ni jd pengajaran bg akak. jgn duk kutuk tak tentu pasal, menyesal akhirnya. nasibaik sempat minta maaf..hehe..tp dia seorang yg sgt berbudi bahasa, sgt terharu bila bercakap dgn dia. sbb tu la akak blh menangis beria2...

    ReplyDelete